Inilah hari yang sangat penting dalam hidupku. Inilah hari yang aku tidak pernah sangkakan akan tiba. Inilah hari yang pernah aku angan-angankan. Gaun ungu muda ini membuatkan aku kelihatan bagaikan seorang puteri. Gaun ini ditaja oleh salah seorang adik beradik Pak Long. Majlis perkahwinan ini berjalan lancar hasil kerjasama adik beradik maklong dan paklong. Inilah kali pertama aku berpeluang bertemu keseluruhan adik beradik Mak Long dan Pak Long. Saudara mara jauh yang sebelum ini lansung tidak pernah aku bertemu telah hadir meraikan majlis. Aku sungguh-sungguh terharu melihat kesungguhan mereka semua menjayakan majlis ini. Aku tiada kawan-kawan tetapi Abang Mil mempunyai kawan yang sangat ramai. Pada hari ini aku berpakaian cantik, aku benar-benar tidak percaya bahawa aku akan berdiri di sini. Abang Im kelihatan sangat kacak berbaju melayu. Abang Im kelihatan sangat gembira dan sibuk melayani tetamu. Bang Chik, Ad dan adik juga sibuk. Bang Chik dan Ad sibuk membawa tetamu masuk ke dalam dewan. Adik pula sibuk bermain bersama kawan-kawannya.
Saat yang dinanti-nantikan tiba. Seramai 1000 jemputan memenuhi ruangan dewan. Pagi tadi semasa nikah, aku tidak mengikuti ke masjid. Hari ini aku lansung belum melihat abang Mal. Ada sedikit gelisah di hati. Ada sedikit malu. Dan ada sebahagian besar rasa gembira. Kini, aku adalah seorang isteri.
Pelbagai perkara yang bermain di dalam fikiranku. Adakah perjalanan hidup selepas bertukar status ini lebih mudah atau sukar? Adakah aku mampu menjadi seorang isteri yang baik? Adakah Abang Mal menerima aku kerana diriku atau kerana keterpaksaan? Aku menjadi risau.
Mak Bah muncul dengan senyuman manis.
"Wana cantik..."puji Mak Bah. Aku tersenyum. Ada air mata bertakung pada Mak Bah.
"Mak Bah selalu berdoa supaya Wana mendapat seorang lelaki yang baik.... yang dapat menjaga Wana dengan baik...." Mak Bah kemudiannya tunduk dan menangis.
"Mak Bah... Abang Mal orang yang baik..."aku memujuk Mak Bah.
"Dan... Abang Mal akan menjaga Wana dengan baik, Wana yakin yang itu juga....."aku memujuk Mak Bah. Mak Bah mengangguk perlahan. Sebenarnya aku sendiri tidak yakin dengan ayat-ayatku sama ada itu akan menjadi kenyataan. Namun aku yakin kita perlu bersangka baik dengan Allah. Lagipun aku tidak mahu merosakkan perasaanku yang sudah pun tenang dan redha dengan jodohku.
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu adalah orang yang sentiasa dekat dengan kita. Tetapi kita kena ingat, kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Yakinlah Allah tahu apa yang terbaik kerana Allah lebih mengenali diri kita melebihi kita sendiri mengenali diri kita!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment