malam yang gelap dan pekat...
bintang-bintang yang bertaburan...
manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi sedangkan mataku terkebil-kebil merenung langit yang tinggi.
aku kepenatan yang teramat sangat. seluruh sendi-sendiku sakit. belum pernah aku rasakan sepenat ini walaupun sebelum ini aku biasa menjinjing kotak-kotak di atas kepala. sekurang-kurangnya ada masa untuk aku berehat sambil menikmati angin petang.
di sini aku tidak ubah seperti robot yang bekerja tanpa henti. awal pagi selepas subuh aku sudah mula memulakan tugas harian seolah aku seorang pembantu rumah. cuma aku tidak dibayar upah dengan duit. makcik mengajar aku menggunakan mesin basuh, pembersih vakum dan pelbagai barang yang aku tidak pernah sentuh sebelum ini. makcik mengajarku memasak dan mengemas rumah. kata makcik, dia lega kerana semenjak aku hadir, tiadalah dia terbeban dengan tugas harian selaku suri rumah lagi.
aku hanya membalas dengan senyuman yang terpendam seribu duka.
adakalanya aku keliru dengan pelbagai jenis alat yang berbeza dan bahan kimia yang berbeza untuk barang yang berbeza. bukan boleh sebarangan dalam mengelap barang-barang di rumah. semua benda ada caranya tersendiri. jika tidak, barang tersebut akan rosak..
adakalanya aku melakukan kesilapan tetapi pakcik dan makcik hanya diam. tetapi kalau barang itu milik yati, nahaslah aku...
buat masa ini, yati adalah manusia yang paling aku takut. garangnya dia umpama ibu singa yang lapar.
"Bodoh...!! baju aku mahal, mana boleh basuh mesin!" tengking yati.
"Sial... kau ingat ibu ayah nak bagi kau makan percuma?"
"Sedar diri.. kau dah cukup membebankan kami.."
patutkah aku membenci dia?
aku masih berusaha mengambil hati yati walaupun semua itu nampak sia-sia.
sungguh aku bertaubat tidak mahu memiliki rumah sebesar ini kerana terlalu rapi jagaannya. pondok opah tidak pernah memerlukan jagaan serapi ini. kami cuma perlu memikirkan bumbung mana yang bocor untuk kami letakkan besen sebagai tadahan air hujan.
aku akui aku agak bodoh dalam dunia ini. dunia ini terlalu asing untuk aku.
yati pula tidak henti-henti menyakiti batin aku.
mengapakah dia sangat jahat????
adakalanya aku tewas, aku menangis.. aku benci menangis... benci!!
penat akan hilang apabila kita tidur.. tetapi sakitnya hati tidak hilang sekalipun kita tidur berbulan lamanya...
Memandangkan aku sendiri tiada tempat untuk dituju, dan aku terhutang budi dengan keluarga makcik, aku gagahkan diri untuk terus kekal di rumah ini walaupun mudah sahaja aku melangkah keluar.
aku tidak pernah merungut, jauh sekali mengadu apa-apa kepada makcik tentang yati. segala yang tidak baik yati lakukan pada aku, aku pendam sahaja.
esok masih ada...
bodoh betul engkau ini Wana.. bodoh kerana masih mengharapkan hari esok muncul sedangkan engkau tahu nasibmu tidak pernah bertambah baik.
aku merenung langit yang tinggi.. setinggi manakah langit itu?
bintang yang terapung itu, siapakah yang menggantungkannya?
siapakah yang berada di sana? tolonglah keluarkan aku dari seksaan ini... tolonglah...
sungguh aku yakin ada sesuatu di langit tinggi itu untukku tetapi aku tidak tahu apakah ia..
berhentilah bermimpi Wana!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment