Tuesday, November 3, 2009

2

ke mana harus aku membawa diri?

air mata yang kering kembali membasahi pipiku. tubuh opah yang sejuk sudah puas aku dakap. opah sudah pergi meninggalkan aku sendirian. sampai hati opah...

aku menguatkan diri melangkah ke sebuah rumah batu milik sepasang suami isteri yang aku tidak kenali. setiap hari aku melintas di depan rumahnya tetapi tidak pernah terlintas di hatiku untuk menekan loceng di rumah batu itu. cukuplah sekadar menjeling ke arah lantai mozek merah yang cantik di anjung rumah.

agak lama aku berdiri di depan pagar rumah batu itu. puas aku merenung butang loceng yang kecil.

mahu tekan atau tidak?

mahukah mereka keluar jika loceng ini ditekan?

jika mereka keluar, apakah mereka akan membantuku atau menghambatku ?

menyedari inilah satu-satunya peluang yang ada, aku menggagahkan diri menekan loceng.

'Ting!'

tiba-tiba menggeletar seluruh badanku. oh, sejuk rupanya permukaan butang loceng ini..

tiada sesiapa yang keluar. aku mengintai di kiri dan kanan rumah batu itu. tiada sesiapa keluar. barangkali mereka tidak mendengar bunyi loceng tadi.

dengan penuh berani aku menekan sekali lagi.. dan tekan sekali lagi.
'Ting! Ting!'

"Ooi!" tiba-tiba satu suara mengejutkan aku. seorang lelaki bermisai keluar dari pintu utama.

"Nak apa? Pagi-pagi buta dah memekak!" lelaki itu menggosok matanya. tentu tidurnya sangat terganggu kerana bunyi loceng tadi.
lelaki itu menyarung selipar dalam keadaan mamai. beberapa kali dia menguap ketika berjalan menuju ke arah aku. matanya dikecilkan sebaik terpandang tubuhku yang mula menggigil di depan pagar.

kalau diikutkan hati, aku mahu lari. aku tahu aku tiada tempat dalam hidup orang-orang berumah batu yang berlantai mozek. pondok opah sangat jauh bezanya dengan rumah mereka. kami datang dari dua dunia berbeza.

"Ha.. nak apa?"soalnya lagi sambil tercegat di depan aku. matanya bulat.

dalam terketar-ketar aku bersuara.

"Opah saya dah meninggal."aku terhenti. sebak mula menguasai diriku. Bodoh Wana! kamu jangan menangis!!

lelaki itu terkejut.

"Opah mana?"soalnya terpinga-pinga.

"Opah saya."jawabku lagi. Aku tidak berani memandang wajahnya. aku melangkah beberapa langkah ke belakang menjauhi tubuhnya yang besar di sebalik pagar.

Lelaki itu diam.

"Mana mak ayah kau?"lelaki itu bertanya. Aku diam.
"Rumah kau di mana?"soal lelaki itu lagi.

Aku menoleh ke kanan. Tidak pernah ada orang lain selain Chong si tauke pernah masuk ke rumah kami. Rumah kami cumalah sebuah pondok yang arwah atuk dirikan selepas mengahwini nenek. Rumah tanpa jiran kerana terperosok di celah-celah hutan yang tebal. Di sekeliling rumah itulah arwah nenek menanam pelbagai tanaman yang boleh dijual kepada Chong. Hidup tidak pernah senang walaupun sudah berpuluh tahun nenek membanting tulang di kebunnya.

Lelaki itu diam.

"Hm.. nanti aku pergi. Kau masuk dulu,"jemput lelaki itu sambil membuka pagar.

masuk?

Aku tidak pernah terfikir untuk masuk. Aku cuma hendak meminta bantuan orang lain menguruskan jenazah opah. itu sahaja.

Pintu pagar sudah terbuka. lelaki itu mengundur beberapa langkah sambil tangannya memberi isyarat masuk.

Masukkah?

"Abang! Siapa tu?" suara seorang wanita menegur. kelihatan seorang perempuan berambut kembang seperti tidak pernah diurus mengintai dari pintu. Barangkali perempuan itu tidak nampak tubuhku kerana terlindung dengan sebuah kereta yang diletakkan di anatara kami berdua.

"Masuklah.."ucap lelaki itu lembut. Aku akur. Aku melangkah masuk. Wah!! Wana! kamu berada dalam kawasan rumah batu! Mataku merenung lantai mozek yang merah.

"Opah dia meninggal. cepat bersiap, kita ke sana untuk tolong apa yang boleh.."suara lelaki itu lembut. wanita berambut kembang itu terpinga-pinga. Lelaki itu masuk ke rumah meninggalkan aku yang berjalan sangat lambat.

"Masuk dululah, mak cik nak mandi. "pelawa wanita itu. Suaranya lembut penuh dengan kasih sayang. Suaranya sama seperti suara arwah opah..

buat seketika aku mengharapkan ibuku seperti wanita ini.

ibu... ibu di mana?

1 comment:

Anonymous said...

=) ...

tajuk tanpa nama...

hmm...