Saturday, July 9, 2011

26

Inilah hari yang sangat penting dalam hidupku. Inilah hari yang aku tidak pernah sangkakan akan tiba. Inilah hari yang pernah aku angan-angankan. Gaun ungu muda ini membuatkan aku kelihatan bagaikan seorang puteri. Gaun ini ditaja oleh salah seorang adik beradik Pak Long. Majlis perkahwinan ini berjalan lancar hasil kerjasama adik beradik maklong dan paklong. Inilah kali pertama aku berpeluang bertemu keseluruhan adik beradik Mak Long dan Pak Long. Saudara mara jauh yang sebelum ini lansung tidak pernah aku bertemu telah hadir meraikan majlis. Aku sungguh-sungguh terharu melihat kesungguhan mereka semua menjayakan majlis ini. Aku tiada kawan-kawan tetapi Abang Mil mempunyai kawan yang sangat ramai. Pada hari ini aku berpakaian cantik, aku benar-benar tidak percaya bahawa aku akan berdiri di sini. Abang Im kelihatan sangat kacak berbaju melayu. Abang Im kelihatan sangat gembira dan sibuk melayani tetamu. Bang Chik, Ad dan adik juga sibuk. Bang Chik dan Ad sibuk membawa tetamu masuk ke dalam dewan. Adik pula sibuk bermain bersama kawan-kawannya.

Saat yang dinanti-nantikan tiba. Seramai 1000 jemputan memenuhi ruangan dewan. Pagi tadi semasa nikah, aku tidak mengikuti ke masjid. Hari ini aku lansung belum melihat abang Mal. Ada sedikit gelisah di hati. Ada sedikit malu. Dan ada sebahagian besar rasa gembira. Kini, aku adalah seorang isteri.

Pelbagai perkara yang bermain di dalam fikiranku. Adakah perjalanan hidup selepas bertukar status ini lebih mudah atau sukar? Adakah aku mampu menjadi seorang isteri yang baik? Adakah Abang Mal menerima aku kerana diriku atau kerana keterpaksaan? Aku menjadi risau.

Mak Bah muncul dengan senyuman manis.
"Wana cantik..."puji Mak Bah. Aku tersenyum. Ada air mata bertakung pada Mak Bah.

"Mak Bah selalu berdoa supaya Wana mendapat seorang lelaki yang baik.... yang dapat menjaga Wana dengan baik...." Mak Bah kemudiannya tunduk dan menangis.

"Mak Bah... Abang Mal orang yang baik..."aku memujuk Mak Bah.

"Dan... Abang Mal akan menjaga Wana dengan baik, Wana yakin yang itu juga....."aku memujuk Mak Bah. Mak Bah mengangguk perlahan. Sebenarnya aku sendiri tidak yakin dengan ayat-ayatku sama ada itu akan menjadi kenyataan. Namun aku yakin kita perlu bersangka baik dengan Allah. Lagipun aku tidak mahu merosakkan perasaanku  yang sudah pun tenang dan redha dengan jodohku.

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu adalah orang yang sentiasa dekat dengan kita. Tetapi kita kena ingat, kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Yakinlah Allah tahu apa yang terbaik kerana Allah lebih mengenali diri kita melebihi kita sendiri mengenali diri kita!

25

Langit malam berbintang-bintang. Bunyi cengkerik memecah kesunyian malam. Aku duduk di hadapan tingkap sambil memandang ke arah laut. Tagisanku sudah berhenti. Dadaku sudah kembali lapang. Rasanya hampir sejam lebih aku menangis.

Ya Allah.. Aku yakin Engkau mengetahui apa yang aku lalui.....

Air mata panas mengalir di pipiku.

Ya Allah.. Andai begini kehendakMu, aku terima....

Sekali lagi air mata panas mengalir di laluan yang sama seperti sebemumnya.

Ya Allah... Kepadamu aku berserah diri. Aku serahkan cintaku sepenuhnya kepadaMu...

Aku menutup tingkap dengan berhati-hati dan membaringkan diri di atas tilam.

        *******************


"Adik, Kak Wana masak Spaghetti!" aku mengenyit mata kepada adik.
"Wow!! Pagi-pagi dah dapat Spaghetti! Seronoknya! Nak bawa bekal!" adik melompat ke atas kerusi di meja makan.
"Hebatnya sarapan pagi ni,"Ad duduk di meja makan.

Bang Chik muncul dengan berbaju tidur.
"Eh Bang Chik tak pakai baju sekolah" aku menegur.
"Kejap, makan dulu... Nanti comot..."Bang Chik menyuap Spaghetti ke mulutnya.
"Ala Bang Chik lambat, dia kan suka lambat," adik mengutuk. Ya, kami semua sudah tahu muslihat Bang Chik.
"Amboi makan besar,"tegur Abang Im. Matanya tepat memandang wajahku, barangkali sedang cuba mencari kesan-kesan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis. Dia pasti tidak akan menjumpainya. Awal pagi tadi selepas subuh, saya sudah mandi dan berhias supaya kelihatan ceria pagi ini. Saya memakai bedak yang agak tebal di bahagian bawah mata dan mengenakan sedikit pelembap bibir. Pagi ini saya kelihatan begitu menawan. Saya tidak mahu abang Im rasa bersalah kerana perbualan kami malam tadi. Saya mahu dia berasa lega dan pergi bekerja dengan aman. Saya mahu dia lihat betapa gembiranya saya pada pagi ini.

Selepas abang Im dan adik-adiknya ke sekolah, saya mengemas dapur. Sesekali terasa sedikit sesak di dada diiringi panas di ruang mata. Aku menahan. Tiba-tiba Mak Bah memegang bahu aku. Serta merta air mataku berjuraian. Mak Bah memeluk aku. Kami berdua menangis bersungguh-sungguh.

"Mak Bah tidak tahu nak cakap apa..."kata Mak Bah sambil mengusap rambutku.

"Mak Bah, Wana okey...." Aku melepaskan pelukan Mak Bah dan mengesat air mata. Aku kembali mengukir senyuman.

"Mulai hari ini... mulai saat ini.... "Aku menghayunkan tumbukan ke udara.

"Wana ada tugasan baru!" Aku memandang Mak Bah sambil tersenyum. Mak Bah terpinga-pinga.

"Tugas apa Wana?"soal Mak Bah.

"Wana akan menjadi seorang isteri yang baik yang akan menjaga suaminya.." aku bersuara lembut. Ada getar di hujung ayatku. Mak Bah terdiam. Mulutnya terlopong.

"Dengan siapa nak?" Soal Mak Bah.

Aku membalas dengan senyuman.

"Siapa nak?" Soal Mak Bah lagi.

"Abang Mal...." jawabku perlahan sambil tersenyum lebar. Mak Bah mengerutkan dahinya.

24

Pagi itu cerah dan damai. Burung-burung berkicauan menambah keindahan pagi. Aku terpesona menikmati keindahan permulaan hari yang begitu tenang. Aku duduk sendirian di luar dapur sambil menyidai pakaian. Hati ini sangat lapang. Tiada lagi rasa serba salah untuk bersiar-siar di laman di pagi hari. Tiada lagi rasa serba salah kerana ponteng sekolah. Kini, aku sudah tidak akan lansung bersekolah. Aku sudah berhenti sekolah secara rasmi.

Peperiksaan percubaan SPM sedang berlansung. Aku sekadar melihat Ad yang pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan. Aku masih ingat betapa aku pernah begitu gembira kerana mahu ke sana. Kini, segalanya sudah berubah. Aku yakin keputusan yang telah dibuat ini adalah satu keputusan yang betul. Aku sudah terlalu banyak berbuat sesuatu untuk diri sendiri. Inilah kali pertama yang aku benar-benar merasakan bahawa aku berbuat sesuatu untuk diri orang lain. Rupa-rupanya apabila kita bekorban untuk membahagiakan orang yang kita sayang, kitalah sebenarnya yang akan lebih bahagia!

Ya Allah, tambahkanlah kebahagiaanku ini...!
                              ***************************


"Wana, bulan depan Mil akan masuk kampus, dia akan sambung belajar. Abang dah berjaya dapatkan dia biasiswa. Abang harap Wana dapat pujuk Mil supaya pergi mendaftar. Abang tahu Mil selalunya akan dengar cakap Wana lebih dari cakap abang sendiri, "kata abang Im.

Aku tersenyum.

"Ye ke? " Aku kurang yakin dengan kata-kata abang Im. Entah-entah dia sengaja mahu mengambil hati aku.

"Ya...." Abang Im memberi penegasan. Wajahnya tersenyum. Manis sungguh! Sudah lama aku tidak melihat wajah abang Im seceria ini. Apakah sebenarnya yang menceriakan abang Im? Apakah yang telah berlaku?

Lama kami diam. Masing-masing seperti berfikir sesuatu. Jauh di sudut hati, rasa kasih yang sekian lama dipendamkan kembali berbunga. Aku tahu abang Im menghitung setiap pengorbanan yang telah aku lakukan untuk membantu abang Im. Aku tahu bahawa Abang Im tahu betapa beratnya tugas aku menjaga ibunya. Abang Im juga tahu betapa mencabarnya aku menguruskan adik-adiknya. Sebuah senyuman abang Im sudah memadai untuk menghilangkan segala jerih perih yang tergalas.  Aku berbangga melakukan semua itu!.

"Wana, abang ada satu permintaan. Lama abang fikirkan hal ini...."wajah abang Im kembali serius.

Aku diam. Kenapa? Jantungku berdegup kencang sementara tanganku menjadi sejuk.

"Mil tidak akan mampu menguruskan diri sendiri. Mil tidak akan mampu hidup sendiri. Dia bukan sekadar memerlukan seseorang untuk menguruskan makan pakainya, malah seseorang untuk menjadi pemberi semangat kepada dirinya...." abang Im tunduk.

Jantungku berdegup semakin laju. Apakah sebenarnya maksud abang Im? Apakah permintaan yang ingin dia lakukan?

"Mil perlukan seseorang untuk sentiasa berada di samping dia... Dan .... Dan abang tidak mampu lakukan itu semua..." sambung abang Im.

Abang Im diam.

Hampir seminit abang Im diam. Seminit yang terasa begitu panjang. Aku masih diam. Aku berasa seram sejuk seperti hendak demam. Aku bagaikan boleh menduga sesuatu yang berat bakal dipinta oleh abang Im. Barangkali terlalu berat sehingga aku sendiri tidak mampu memikulnya. Namun aku sangat-sangat menyayangi abang Im, bisakah aku menolak permintaannya?

Tuesday, November 17, 2009

23

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Aku kepenatan...
Maklong memerlukan jagaan yang sangat rapi. Maklong perlu dikurung di dalam biliknya yang telah dikosongkan. Hanya tinggal sebuah katil yang masih ada di dalam bilik itu untuk maklong berbaring atau tidur. Semua barang-barang lain dan perabot-perabot terpaksa dikeluarkan dari bilik memandangkan maklong banyak kali mencuba untuk mencederakan dirinya. Dia juga beberapa kali mencuba untuk mencekik adik dan menolak aku dari tangga. Satu rumah takut pada maklong seperti takut kepada hantu. Pintu bilik maklong sentiasa dipastikan terkunci.

Setiap kali waktu makan tiba, aku dan mak bah akan berdua-duaan masuk ke bilik mak long. Kami terpaksa bergelut sehingga penat barulah dapat menyuapkan makanan ke mulut maklong. Seksa benar hendak memberi makan. Selepas makan kami akan membersihkan najis yang bertabur di bilik maklong. Pintu tandas terpaksa dikunci kerana bimbang maklong mencederakan dirinya kalau dibiarkan dia ke tandas sendirian. Selepas itu kami akan memandikan maklong. Kalau dimandikan sebelum najis-najis dicuci, maklong akan bergelumang bermain najis apabila terlepas dari kami yang sedang memandikannya. Pening kepala..

Maklong menyanyi lagu-lagu yang aku sendiri tidak pernah dengar. Entah wujud atau tidak lagu itu sebenarnya.

Bagai terkurung kesepian..
Bagai berabad menantimu..
Dimanakah engkau pujaan hatiku..
Lekaslah selamatkan aku..

Mak Bah menggelengkan kepala. Suara maklong sedap juga. Dia menyanyi mendayu-dayu sepenuh hati hingga menangis seolah benar-benar memaksudkan setiap bait lagu itu.
Entahlah..

Itu kisah maklong. Kisah abang Mil lain pula. Semangat abang Mil naik turun. Hari ini bersemangat dan ceria, hari esok murung dan menangis. Lusa pula semangat kembali.. kebanyakkan masa aku tumpukan kepada mak long. Kesian juga melihat abang Mil yang terpinggir tanpa perhatian. Tidur malam abang Mil meracau-racau. Abang Mil adalah penonton setia sketsa aku dan maklong bergelut. Dia akan menangis setiap kali mendengar suara maklong menjerit-jerit. Aku yakin bukan abang mil sahaja yang akan menangis, sesiapa sahaja yang menyaksikan sketsa itu pasti menangis,kecuali aku dan makbah.

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Aku masih belum berputus asa dengan abang Mil. InshaAllah dia akan pulih. Dia perlu berdisiplin menjalani latihan fisioterapi. Aku juga bersalah kerana semenjak mak long balik, abang Mil agak aku abaikan.

“Abang Mil..”aku menegur abang Mil.
Kelihatan rambutnya sudah panjang menutup tepi telinganya dan melepasi kolar bajunya. Abang Mil membatu sahaja seolah tidak mendengar panggilan aku.

“Jom kita keluar jalan-jalan nak..?”aku bersuara lembut.

Aku duduk mencangkung di hadapan dia. Sakit tulang belakang aku kerana baru lepas sesi mengemas bilik maklong yang sangat melenguhkan satu badan. Abang Mil memalingkan wajahnya seolah membenci aku. Aku berdiri dan menolak kerusi roda abang mil keluar dari bilik. Ini adalah cubaan memujuk yang selalunya berjaya. Abang Mil mahukan perhatian.
Aku menolak kerusi roda abang Mil keluar dari rumah banglo atas bukit. Petang yang indah dengan nikmat angin yang menghembus ke wajah. Tenang…

Abang Mil masih membisu.

“Kita pergi bandar nak? Jalan-jalan, makan-makan,”pujuk aku. Tiada sebarang reaksi dari abang Mil.

“Kita pergi potong rambut.. dah panjang ni, nanti biar kemaskan supaya nampak hensem..”pujuk aku lagi.

“kita bawa bang chik dan adik sekali..”

“kita pergi pizza ya..”

“tapi semalam adik kata dia teringin nak makan di Kenny Rogers.. hmm.. abang nak makan di mana?”

Abang Mil diam. Bagus betul.. aku sedang bercakap sendirian.

Laut yang luas berombak tenang memukul pantai. Dari atas bukit kelihatan sebuah feri bergerak melintas lautan untuk ke seberang. Aku duduk di atas sebuah batu sambil merenung jauh memerhatikan laut yang membiru. Luasnya lautan ini. Aku ingin punya jiwa yang besar. Aku ingin punya ruang hati yang luas supaya aku dapat menahan rasa di dalam dada tanpa perlu aku mengeluh.

Ya Allah… setiap perkara yang menimpa diri ini, aku tahu semua ini ada hikmahnya. Ya Allah.. tidak aku terdaya lagi menahan dugaan yang mencabar ini. Aku sudah tidak mengharap ujian ini akan berakhir. Aku redha. Biarlah apapun yang berlaku selepas ini, aku akan berlapang dada.

******
Adik pulang dari sekolah dengan wajah yang masam mencuka. Sebaik sampai di pintu rumah dia terus mencampakkan beg ke lantai.

“Eh, beg simpan di bilik,”tegur mak bah.

Adik tidak mempedulikan kata-kata mak bah. Aku mengintai dari dapur cuba melihat apa yang berlaku. Adik berlari kea rah aku dan memeluk pinggangku. Wajahnya ditekup ke perut aku. Tangan aku masih comot dengan bau ikan yang baru disiang.

“kenapa ni sayang?”aku memujuk.

Adik menangis.

“adik, kejap-kejap, kak wana nak basuh tangan..”aku bergerak ke sinki dapur tetapi adik makin kuat memeluk pinggang aku. Aku tidak dapat bergerak. Mak bah muncul di pintu dapur. Wajahnya sedih. Tentu ada sesuatu yang telah berlaku.

“Mana bang chik?”tanya aku.

Adik masih terus menangis. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi motor Ad. Ad masuk bersama bang chik.

“Wana.. ”Ad memanggil. Aku menyahut tetapi tidak boleh bergerak. Adik menangis semakin kuat. Sedih benar gamaknya.

“Cikgu Azmah tanya, wana nak sekolah lagi ke tidak?”soal Ad.

Berpeluh dahinya kepanasan. Butang bajunya terbuka menampakkan singlet putih di bahagian dalam. Selekeh.

Soalan cepu emas. Musim bersekolah sudah bermula sementara aku lansung tidak tunjuk muka semenjak hari pertama. Ad berdiri agak lama memandang wajah aku. Aku membalas dengan pandangan meminta jawapan dari dia. Dia faham situasi aku. Dia tahu akulah orang kuat yang menguruskan ibu dan abangnya yang sudah uzur.

“Nanti Ad bincang dengan abang Im lah..”Ad memberi jawapan. Aku tunduk. Rasa seperti hendak turut serta bersama adik menangis.

Ad tunduk melihat adik.

“Dah la adik.. ”pujuk Ad. Beginikah cara lelaki memujuk? Dia lansung tidak menyentuh adik.

“bising lah..”sambung Ad lagi.

“kenapa dengan dia?”soal aku.

“tadi…”Ad seperti berat untuk bercerita. Ad memang pendiam. Kebanyakkan masa dia tiada di rumah.

“kenapa?”desak aku.

“ada kawan dia kata mak dia gila.. tu je.”jawab Ad.

Ad berlalu sambil berlari anak kea rah tanngga menuju ke biliknya. Seketika kemudian terdengar bunyi pintu bilik ditutup.
Aku duduk mencangkung dan memeluk leher adik dengan kedua belah lengan. Wajah adik merah. Terluka benar adik dengan kata-kata kawannya.

“Sabarlah dik… Allah sayang adik, sebab tu Allah uji..”

Monday, November 16, 2009

22

petang yang damai.. aku menunggu bas di tempat biasa. bas lewat 10 minit dari kebiasaannya. malam ini aku akan tidur di hospital kerana sepanjang hari ini aku tidak ke sana.
aku ada membawa buku yang aku beli tempoh hari bersama. sudah separuh buku aku baca. hajat di hati hendak menghabiskannya dalam tempoh terdekat.

sepanjang perjalanan ke hospital itu aku berfikir-fikir bagaimana hendak membantu abang Im. Tubuh maklong yang terlantar lemah terbayang-bayang di ruang mata. Entah bila mak long akan terjaga dari tidur yang panjang. Sebenarnya ada satu lagi tanggungan yang menyebabkan abang Im tercekik, tetapi abang Im tidak pernah menyatakan hal itu kepada sesiapa pun. Beberapa hari yang lepas aku telah terjumpa bil hospital mak long. Terbeliak mata aku melihat angka yang begitu besar nilainya. kos pembedahan ketika mula-mula masuk ICU sahaja sudah bernilai Rm6ooo. Kos sewa bilik bedah tu harga lain. Kos guna peralatan dikira lain.. dan mak long sudah bermalam di hospital itu sudah hampir 40 malam...

Adakah semua ini ditanggung oleh insuran?
Mungkin juga.. mungkin kerana itulah abang Im tidak menyebutkan hal ini pada aku.


Sungguh aku tiba-tiba mengharapkan Allah segera memberi keputusan sama ada mak long hidup atau ....

petang itu lengang. aku sudah menjadi muka yang sangat dikenali di kalangan jururawat di tingkat bilik mak long. Wani, jururawat yang bertugas di kaunter itu sangat manis dan ramah. Setiap hari kami berbalas senyuman namun kami jarang berbual. Dia rajin menegur tetapi aku agak malas untuk berbicara. Sombongkah aku? Mungkin juga.. Aku tidak tahu apa yang hendak disembangkan. Tentang diri? Aku tiada apa-apa.. Tentang keluarga? Lebih baik dia tidak tahu apa-apa tentang keluarga aku. Tentang keluarga abang Im? Dia sudah sangat kenal dengan keluarga ini...

*****

seperti biasa selepas bersolat, aku akan membaca dua juz Quran. Selepas itu barulah aku berbaring untuk melelapkan mata. Teringat pula pada bang chik dan adik di rumah. Aku segera mengambil telefon bimbit dan menelefon adik di rumah.

"Hello akak.. assalamualaikum. dah makan?"soal adik sambil ketawa manja. selalunya soalan itu ditanya oleh aku. Aku menyambutnya dengan ketawa.

"waalaikumussalam. akak dah makan dah... petang tadi. adik dah makan?"aku menyoal.

"belum. tunggu abang Mil.."jawab adik.

Aku merebahkan badan ke sofa merah hati sambil sebelah tangan bermain-main kain langsir yang menutup dinding kaca.

"tunggu abang Mil? Abang Mil makan sekali ke?" aku meminta kepastian.

"ye.. abang mil nak makan dengan kami. dia kata dia nak makan dengan kami bila akak takda. sebab dia tak nak kawan dengan akak.."adu adik.

Aku tersentak. Eh.. eh.. eh... apa hal yang seorang ini?
geram sungguh.

"cakap kat abang Mil, makan banyak-banyak.. akak pun tak nak kawan dengan dia."balas aku dengan nada geram.

adik ketawa.

"Abang Mil kata bahaya makan dengan kak wana.. nanti kak wana nak bunuh dia. "sambung adik lagi.

"ye.. memang pun. hari tu dah cuba dah.. tapi umur dia panjang lagi.. "aku ketawa. rasa agak terhibur dapat gelak setelah sekian lama aku tidak ketawa. adik mengikut aku ketawa. dia tahu kami sedang bergurau.

"Kak, kami nak makan.. mak bah panggil. i love you kak.."

"iye sayang.. i love you too.."jawab aku.

I love you…
aku suka perkataan itu. Rasa bahagia tiba-tiba. Tersenyum-senyum aku membayangkan abang Mil makan di meja bersama adik, bang chik dan mak bah.

*****

Dalam kedinginan malam yang mencengkam, aku memaksa diri untuk bangun ke tandas. Aku basuh muka, berus gig dan membersihkan diri. Kemudian aku ambil wudhuk. Syukurlah kerana ada air panas di tandas hospital ini, kalau tidak tentu menggigil-gigil aku dibuatnya.

Jam baru menunjukkan pukul 4.15pagi. Aku merebahkan diri di hadapan Allah, bermunajat kepada Dia. Aku menangis dan merayu kepadaNya. Aku bertaubat di atas kejahilan aku. Terlalu lama aku hidup tanpa mengenal Dia. terlalu baru aku mengenal Dia. Hidayah yang diberikan kepada aku amat bermakna buatku.

Ya Allah… janganlah Engkau membolak-balikkan hatiku setelah Engkau memberi petunjuk kepada aku..

Jam menunjukkan pukul 5pagi. Masih awal. Aku melakukan solat tahajud beberapa rakaat. Air mata merembes tatkala dahi dicecahkan ke bumi. Sungguh aku tidak berdaya menghadapi dugaan ini sendirian. Dampingilah aku ya Allah….

Subuh semakin hampir. Aku mengantuk. Bimbang terlena, aku bangun duduk di sisi maklong. Lama aku bermain-main jari tangannya yang sejuk. Azan subuh berkumandang sayup-sayup kedengaran. Aku meletakkan pipi ke bahu mak long. Kedengaran bunyi jantung mak long begitu deras. Aku tersentak. Kenapa begitu laju?
Aku mengangkat kepala dan memandang wajah mak long. Kening mak long bergerak-gerak. Melompat aku dari duduk dan berlari mendapatkan Wani, jururawat di luar

******

Mak Bah mengemas barang-barang di bilik mak long. Bilik itu sudah lama dibiarkan tidak berpenghuni hinggakan mak bah meletakkan kotak-kotak dan barang yang tidak digunakan di bilik ini. Barangkali hendak dijadikan stor bilik ini. Semenjak maklong dan paklong tiada, anak-anak mereka tidak pernah masuk ke bilik ini kecuali abang Mil. Setiap kali abang Mil masuk ke sini, dia pasti akan menangis. Kerana itulah abang Im melarang sesiapa pun untuk masuk ke bilik ini.

“Mama…”adik memegang jari-jari mak long.

Mak long memandang ke wajah adik yang kemudian memeluk pinggang maklong. Lama ditenung wajah adik tanpa perasaan. Dia kemudiannya melepaskan tangan adik dari pinggangnya. Adik tersentap. Wajah adik seperti hendak menangis. Rindu adik pada maklong tidak berbalas.

“Sayang..”aku menarik tangan adik.

Adik mula menangis. Aku memeluk adik yang menekap wajahnya ke perut aku.
Abang Mil memerhatikan dari jauh. Dia seakan mahu menerkam ibunya. Barangkali dia juga sama rindu seperti adiknya merindukan ibunya. Tetapi hajatnya termati sebaik melihat adik dikecewakan oleh mak long.

Abang Im mendudukkan mak long di katil. Tudung wanita itu dibuka dan di sangkut di ampai baju. Maklong tidak pernah bertudung. Tetapi sebaik hendak keluar dari hospital tadi, aku telah memandai memakaikan maklong tudung. Mak long diam dan langsung tidak membantah.
Bang Chik keluar meninggalkan bilik maklong. Langkahnya deras diikuti bunyi dentuman pintu biliknya. Ad keluar dari bilik mak long dan diikuti bunyi pintu utama yang ditutup. Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi enjin motor. Begitulah sikap Ad, dia lebih selesa berada di luar rumah dengan motornya berbanding di dalam rumah banglo 6 bilik ini. Abang Mil merenung sayu wajah ibunya yang pucat tanpa sebarang calitan mekap. Dahulu wajah ini tidak pernah dibiar pucat, paling tidak pun pemerah pipi dan gincu pasti sentiasa menghiasi wajah mak long.

“Mama baringlah.”arah abang Im.
Abang Im memberi isyarat kepada kami semua supaya keluar dari bilik mak long. Semua patuh kecuali abang Mil. Aku turun ke ruang tamu sambil memujuk adik yang masih menangis. Basah baju aku dengan air mata adik.

“Mana mama? “ soal adik diselangi sendu.

“Tadi tu mama.. mama sakit. Adik sayang mama kan, adik kena doakan mama cepat sihat,”aku memujuk.

Wajah adik merah akibat menangis.
Sungguh mak long yang dahulu telah pergi. Yang ada di hadapan mata ini cumalah jasad mak long dengan identiti yang baru. Maklong yang ada ini langsung tidak mengenali kami.

“Wana..”abang Im bersuara perlahan.
Aku menoleh kea rah lelaki yang menjadi orang kuat keluarga ini.

“Tolong tengokkan maklong ya.. abang nak keluar pergi kerja ni,”pinta abang Im. Aku
mengangguk.

Tadi semasa di hospital, Dr Rushdan ada memberi sedikit penerangan kepada aku tentang keadaan maklong dan cara menjaga orang yang hilang ingatan. Bagaikan lemah kepala lutut mengenangkan tanggungjawab yang harus dipikul itu amatlah berat.

Tiba-tiba kedengaran suara maklong menjerit-jerit. Aku tersentak. Adik terdiam dari menangisnya. Berlari aku ke bilik maklong diikuti Mak Bah dari dapur.
Mak long sedang berdiri di atas meja tulis arwah paklong sambil menjerit-jerit seolah ketakutan. Aku cuba menghampiri mak long tetapi mak long segera terjun dari meja.

“Mak long!”aku cuba untuk menahan mak long dari terjun tetapi tidak sempat. Mak long tergolek di lantai dan kepalanya terhantuk ke bucu meja. Berdarah.

Aku dan mak bah cemas. Mak long menjerit-jerit tidak mahu disentuh. Dia berguling-guling menjauhkan diri dari aku. Kakinya ditendang-tendang ke udara memberi amaran kepada aku supaya jangan mendekatinya. Mak Bah menangis perlahan melihatkan keadaan mak long.

“call abang Im!”arah aku pada mak bah. Aku buntu apa yang patut aku lakukan. Mak long menjerit-jerit sekuat hati. Dia menggoncangkan rak buku di belakangnya. Buku-buku di dalam rak berterabur jatuh menghempap dirinya. Aku cuba untuk menarik tangan maklong, dengan aku-aku sekali ditimpa buku-buku yang berat dan tajam bucunya.

Dengan sepenuh tenaga aku memeluk tubuh mak long yang begitu bertenaga hingga kebas lenganku. Maklong cuba menggigit aku beberapa kali tetapi aku berjaya mengelak. Tiba-tiba tubuh mak long menjadi lembik. Aku cemas. Maklong sudah tidak sedarkan diri.

21

"Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun wanita (kerana) sebahagian kamu adalah turunan sebahagian dari yang lain."
(Ali Imran : 195)

"Wana.. abang Im nak bincang sikit,"panggil abang Im petang itu.
Aku patuh. Abang Im kelihatan agak berserabut. Oh Allah.. aku benar-benar rindukan abang Im yang riang ceria seperti dahulu.

"Duduk.."abang Im memberi isyarat supaya aku duduk di meja makan. Aku patuh. Aku melipat tepi tudung sambil mata aku tunduk.

Abang Im diam sejenak sambil tangan kirinya menggenggam tangan kanannya.

"Abang kerja, wana tau kan?"soal abang Im.

Aku menggelengkan kepala. Patutlah setiap hari abang Im akan keluar awal pagi dan balik lewat malam.

"siang, abang kerja jadi kerani sementara di Geogetown. malam, abang kerja jadi guru tuisyen di seberang.. " abang Im menerangkan. Aku terkesima. Siang dan malam bekerja.

"abang sekarang tunggu posting.. abang tak tahu abang akan dapat di mana.. abang rasa abang tak boleh tunggu, abang kene kerja. "sambung abang im lagi.

Aku tekun mendengar.

"Arwah paklong tinggalkan rumah ni dan ada sedikit duit dalam akaun.. tapi duit tu akan habis kalau diguna sahaja. abang nak 'saving' untuk adik-adik yang lain.. dan untuk kecemasan. Kamil tu tak ada biasiswa. selama harini paklong yang 'support' sepenuhnya. Yuran dia je dah boleh buat abang 'bankrupt'."abang Mil ketawa kecil

Langsung tidak kelakar. Adakah faktor ini juga yang membuatkan abang mil bersedih?

"Kedai maklong dah huru hara.. stafnya macam-macam hal. mungkin akan kena tutup juga tu. kalau bulan depan 'sales' makin 'negative', memang kena bungkus.."abang Im menarik nafas dalam-dalam.

"abang tak tahu macam mana nak selesaikan masalah dengan kedai mama ni.. diorang tak fikir kalau kedai tu tutup, diorang hilang kerja.. abang tak fahamlah." abang im menyandarkan badan ke kerusi. wajahnya muram.

aku masih tekun mendengar.

"tentang duit biarlah abang selesaikan sendiri.. mungkin abang tak mampu nak bagi duit poket pada wana macam yang paklong bagi.. abang bagi setakat yang abang mampulah ya.. " Abang im memandang wajah aku.

"eh tak apa.. tak kisah pun.. wana ada simpan duit-duit yang paklong bagi.. wana tak guna sangat pun."terang aku. Aku tidak ada sebab untuk menggunakan duit bulanan yang paklong beri. Setiap bulan pak long akan memberi Rm600 kepada aku. Makan dan minum semuanya mak bah sudah sediakan. Aku bukanlah kaki berfoya-foya. Kalau keluar dengan Aini pun, selalunya aku tidak berbelanja.

"Ini untuk sementara waktu sahaja.. nanti bila kita dah senang sikit, inshaAllah abang akan bagi duit pada wana macam biasa semula. abang tahu wana berulang alik ke hospital naik bas tu, guna duit wana.. wana lunch di hospital.. wana perlukan duit untuk diri sendiri juga..." abang Im mengangguk beberapa kali.

hakikat sebenarnya aku tidak pernah makan tengah hari sepanjang aku menjaga maklong. aku sudah bersarapan di rumah dan kebiasaannya sengaja membiarkan perut kosong supaya aku dapat makan malam bersama bang chik dan adik di rumah.

"Duit poket Ad, bang chik dan adik dah pun abang asing-asingkan.. abang tak boleh nak 'cut ' yang itu. duit barang basah untuk mak bah pun abang tak boleh 'cut'.. syukurlah kita tak perlu bayar bulanan rumah ni.. insuran dah cover..."

aku diam.. aku berfikir.. bagaimana dapat aku menyumbang?
lama abang Im diam. suasana petang itu sepi. sebentar lagi adik dan bang chik akan pulang dari sekolah. Ad pula akan pulang lewat malam kerana ada kelas malam.

"abang, wana nak kerja.."aku memberanikan diri.

"wana jaga maklong dan adik-adik abang sudahlah... abang perlukan wana untuk jagakan mereka.."sambut abang Im lembut.

"wana nak berhenti sekolah.."aku bersuara perlahan. abang Im diam. Dia tahu betapa teruknya aku di sekolah. Dia tahu betapa sengsaranya aku bergelut untuk lulus dalam subjek yang banyak.

"sabarlah.."ucap abang Im. sabar?

apa yang nak disabarkan?

"wana tak mampu.. wana rasa wana membazir duit je beli buku, belajar.. yuran.."aku meluahkan dengan rasa kesal.

"keputusan wana tak macam Ad. kalau dah ambil SPM pun, wana bukannya dapat ke mana-mana.."aku menyambung.

"Sabarlah wana... habiskan SPM ni.."abang Im memotong. Aku diam. Abang Im termenung seolah memikirkan sesuatu.

"Dalam hidup ini kita perlu banyak bersabar.. "kata abang Im. Matanya digosok beberapa kali. Dia keletihan.

"Abang nak rehat sekejap. lepas maghrib ni nak keluar semula." abang Im bingkas bangun dari duduknya.

"satu lagi.."tiba-tiba abang Im menoleh.

"ya?" aku berdiri.

"tolong pujuk abang Mil supaya dia lekas kembali ke kampus. dia pun sama macam wana.. kena banyak bersabar.."abang Im mengukir senyuman kepada aku.

Abang Im berlalu ke biliknya di tingkat atas. Bersabar? Aku perlu bersabar.. Abang Mil perlu bersabar... persamaan kami ialah kami sedang belajar.

belajar perlu banyak bersabar..
hidup juga perlu banyak bersabar..
segala sesuatu yang Allah tentukan pastinya ada hikmah. tiada sesuatu pun yang diciptakanNYa secara sia-sia.. Hidup ini cuma tempat kita bercucuk tanam. Akhirat nanti adalah tempat menuai hasil. Moga kami layak ke syurga Mu itu ya Rabbi...

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa
Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja
dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan pada Kami?"

(Al-Mu'minun : 115)

20

“Apakah cara untuk ke syurga?”

aku membelek sebuah buku yang aku baru beli di Boarders semalam semasa keluar dengan abang Mil, bang chik dan adik.

Buku bertajuk '40 amalan wanita ke pintu syurga' oleh Abu Zaid Mukhlis itu aku buka helaian pertama. ini adalah kali pertama aku membeli sendiri buku pengisian rohani. kali pertama terpandang tajuknya sahaja telah membuatkan aku jatuh cinta pada buku ini. Gambar seekor rama-rama yang cantik sedang terbang di sebelah empat kuntum bunga mawar bewarna merah jambu. subhanallah....

jiwa aku perlukan makanan. aku rindukan ustazah. aku rindu untuk ada orang lain memberi aku semangat dan dorongan. dalam tempoh sebulan ini aku lansung tidak berkawan dengan sesiapa. dunia aku sangat kecil. setiap hari aku berulang alik ke hospital untuk menemani mak long. sambil duduk di situ, aku membaca Quran dan membaca terjemahan.. terisilah kedamaian di hati ini sebaik kalam Allah itu berbicara.

banyak ayat-ayat Quran yang menceritakan betapa indahnya syurga.. ada sungai arak.. ada sungai susu.. ada taman yang indah.. ada burung-burung.. ada emas dan permata... ada anak-anak kecil yang mati semasa kecil.. mereka menanti ibu bapa mereka... ada bidadari yang bermata jeli.. ada wanita-wanita solehah yang terlalu cantik hingga bidadari cemburu... ada istana yang luas ibarat bintang di langit jarak di antara satu-satunya... semua manusia akan dikumpulkan, semua yang baik-baik.. semua yang ada di situ tidak pernah tua... semua nya juga adalah tidak seperti di dunia... semuanya tidak pernah dibayangkan oleh manusia...

Aku mahu ke syurga!!

******

Abang Mil memasang radio sekuat hati. Agaknya dia mahu biar satu rumah mendengar lagu orang Inggeris itu. Mak bah mengadu pada aku tentang abang Mil. mak bah kata dia bimbang dengan keadaan abang Mil. Aku tidak tahu apa yang aku patut buat. Aku tidak biasa bersembang dengan abang Mil. Mungkin aku patut mencari seseorang untuk bercakap dengan abang Mil. tetapi siapa?

"Abang Mil,"aku menegur abang Mil. Dia sedang berbaring sambil menutup mukanya dengan bantal. Abang Mil diam. Aku menutup radio yang memekak menyakitkan telinga.

Abang mil menarik bantal turun dari mukanya.

"Bisinglah.."kata aku. Abang Mil memusingkan badannya menghadap dinding.

Aku menarik kerusi dan meletakkannya di sebelah katil abang Mil. Bilik itu agak gelap dan kelam. Aku menyelak langsir dan membuka tingkap seluas-luasnya. biar udara segar masuk.

"Kita kena berbincang.."aku duduk di kerusi.

Abang Mil masih menghadap dinding.

"Abang Mil... abang Mil ada adik-adik yang perlukan abang Mil.. abang Mil ada tanggungjawab untuk membantu abang Im.. abang Mil ada ibu yang masih bernafas.. abang Mil ada pelajaran yang perlu dihabiskan.. abang Mil ada kehidupan yang perlu diteruskan.. " aku bersuara lembut.

Abang mil diam. sedikitpun tidak berganjak dari menghadap dinding.

"tetapi abang Mil ni macam..."aku mencari apakah perkataan yang paling sesuai yang aku patut gunakan. Aku tidak pandai bercakap.

"macam orang mati!!" terkeluar akhirnya perkataan itu.

Aku takut. terasa begitu kejam perkataan yang aku gunakan. apakah reaksi abang Mil.

Abang Mil mencampakkan bantal ke arah aku dengan marah.
Dengan bersusah payah dia cuba untuk duduk.

"Memang! memang aku dah mati.. dah tak ada gunanya aku di sini.. menyusahkan semua orang. semua orang dah cukup terbeban dengan bermacam-macam masalah. dan aku menambah lagi masalah. mati lagi baik!" abang Mil menengking aku.

Aku terdiam. Panas nya dada aku.

"Pentingkan diri sendiri!! tahu tak betapa ramai orang perlukan abang Mil! dan abang Mil senang-senang je minta mati!" aku membalas.

suara aku juga tinggi. bantal yang dicampakkan pada aku , aku campakkan semula ke muka dia. Dia menepis. Bantal itu tergolek ke lantai.

"Pentingkan diri! Abang Mil cuma fikirkan diri sendiri je! Tak ingat pada orang lain!" aku mengutip bantal yang tergolek di lantai dan mencampakkan ke muka abang Mil.

"Hei, apa ni?! ingat aku ni apa?!" abang Mil menepis sekali lagi bantal itu.

"Kata nak mati kan? mati lah cepat!!" aku mengambil bantal itu dan memukul-mukul abang Mil melepaskan geram.

"hei gila ke?! " abang Mil merampas bantal itu dari aku.

"Wana gila lebih baik dari abang yang jadi gila! Wana mati tak ada sesiapa akan rasa kehilangan wana. wana gila pun tak ada sesiapa yang akan kisah. tapi kalau abang mati, kalau abang gila, abang Im pun boleh mati.. boleh gila.. abang Mil kejam! biarkan abang Im macam tu! kejam! biar wana nak bunuh abang Mil! " aku merampas semula bantal itu tetapi abang Mil tidak melepaskannya.

"Eh! apa berebut bantal ni? dah tak cukup bantal?" Mak Bah menarik aku keluar dari bilik. Aku melepaskan bantal itu dan terus berlari keluar dari bilik sambil menangis.

Panas!! Benci!! Marah!! Geram!! Sedih!!

Benci!!!!!!


19

"Abang Mil, bangunlah.. " aku membuka langsir di ruang tamu. abang Mil menggosok matanya silau. dia mengerang membantah.

"bangun.. bangun! " aku sengaja membuat bising. kebiasaannya aku akan ke hospital menemani mak long. tetapi petang ini aku balik awal. ada beberapa perkara yang harus aku selesaikan.

perkara pertama ialah membangunkan abang Mil dari dunia dia.

"Apa ni?!" abang Mil membuka matanya sambil merenung aku dengan muka yang marah. Maaf ya abang Mil, Wana sudah puas bersabar dengan perangai abang Mil. sudah sampai masanya abang Mil bangun.

"Ni siapa yang buat sepah-sepah ni?" aku terbongkok-bongkok mengemas album-album gambar yang berselerak di lantai. Abang Mil diam.

"Ni apa ni? membazir.. tahu tak membazir tu kawan syaitan?" aku membebel sambil mengangkat pinggan nasi yang tidak terusik. Disebabkan abang Mil tidak mahu makan bersama-sama dengan orang lain semasa waktu makan, mak Bah akan menghantar makanan ke bilik abang Mil.

"Ni apa ni? baju kotor ke bersih?" aku mengutip baju dari bawah katil. Abang Mil seperti mahu bangun mengambil baju itu tetapi tidak dapat bergerak. Dia malu dengan aku. aku tahu.

"Biarkanlah wana.. janganlah.."suara abang Mil perlahan.

"Tak nak biarkan."aku bersuara tegas.

Aku mengemas meja abang Mil yang berselerak dengan CD yang belambak. aku susun buku yang berterabur. Aku tutup almari yang terbuka. aku mengangkat bakul kain baju kotor keluar dari bilik. kebiasaannya ini tugas Mak Bah.

"Wana..."suara abang Mil mengeluh.

Abang Mil mengangkat badannya ke atas kerusi roda. Dia pandai berdikari turun naik kerusi roda. Sekali lagi aku muncul. Kali ini dengan dulang beserta makanan di tangan.

"makan.."aku meletakkan dulang di meja. Abang Mil diam.
aku duduk di tepi tingkap memerhatikan abang Mil. Abang Mil memandangku dengan wajah berkerut seakan terkejut dengan kelakuan aku.

"ini perintah. sila makan.."aku bersuara lagi.

abang Mil membatu. degil sungguh!

"okey.. nak kene suap ke? boleh je." aku segera mencapai pinggan yang berisi nasi dan telur sambal yang dimasak oleh mak Bah.

"eh.."abang Mil bersuara. Dia benar-benar terkejut. Aku menyedok sudu kepada nasi dan mengangkat ke mulut abang Mil.

"Bismillah... cepat buka mulut!"arah aku. Abang Mil terkebil-kebil. dia tidak membantah. matanya tunduk tatkala mulutnya mengunyah.

"pandai pun makan..."perli aku.

selesai aku menyuap abang Mil aku terus keluar dari bilik itu meninggalkan abang Mil yang terpinga-pinga.

sekarang aku harus selesaikan perkara kedua iaitu membawa adik dan bangchik ke kedai buku. aku masih ingat betapa gembiranya kami bertiga apabila abang Im membawa kami ke MPH atau Boarders dua minggu sekali. Semenjak abang Im sibuk, abang Im tidak lagi ada masa untuk membawa adik-adiknya berjalan. Biarlah aku membawa mereka ke sana. Biarlah kami menaiki bas Rapid ke sana.

"Yea!! nak ikut!"adik bersorak keriangan. aku tahu dia pasti kebosanan duduk di rumah. Bang Chik turut gembira.

"kak wana, kita makan di luar.. kita makan pizza... kak wana, dah lama kita tak makan di luar.."pinta bang chik.

Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Cepat siap, nanti kita ambil bas ke sana."arah aku.

"Abang Im? abang im tak cuti ke kak?"soal bang chik.

Aku tak tahu di mana abang Im. Aku juga pelik mengapa abang Im seolah bekerja sedangkan sekarang ialah cuti sekolah. tetapi akau tidak pernah bertanya kepada abang Im.

"nanti adik call abang Im, tanya abang Im sama ada dia nak ikut tak."arah aku. Adik segera mendail nombor abangnya.

"Abang Im!!"jerit adik ceria.
"Abang... kak wana nak bawa pergi Boarders. nak ikut tak?"sambung adik. aku berbaring di katil adik sambil mencuri dengar perbualan mereka.
"abang tanya pergi naik apa?"adik berbisik pada aku.
"bas," aku menjawab.
"bas,"adik memberitahu abang Im.

tiba-tiba pintu terbuka. Abang Mil muncul dengan kerusi rodanya. Aku segera duduk dan membetulkan tudungku.
"nak ikut.."abang Mil bersuara perlahan sambil memandang wajah aku.

aku tersenyum.
"boleh..."

********

kami menaiki teksi ke Queensbay. Sebaik sampai di sana, aku membawa mereka makan di Pizza Hut. kemudian barulah aku membawa mereka ke Boarders. Aku menolak kerusi roda abang Mil sepanjang kami berjalan di sana. Abang Mil hanya diam. Sudah lama dia tidak keluar dari rumah banglo itu. Adik dan Bang chik kelihatan sangat ceria sepanjang malam itu. Aku meninggalkan abang Mil di sudut buku-buku motivasi sementara aku duduk bersimpuh di lantai di sudut buku masakan. Sesekali adik dan Bang chik menjengah aku untuk menunjukkan buku-buku yang baru ditemui mereka.

Lagak aku seolah seorang ibu muda yang mempunyai dua orang anak yang aktif.. dan seorang suami yang berkerusi roda.

"nak jalan-jalan?"aku mempelawa abang Mil. kasihan juga membiarkan dia seorang diri berkawan dengan buku-buku.

"boleh jugalah.." jawabnya perlahan. di tangannya ada sebuah buku berkulit biru. aku cuba mengintai buku itu tetapi tidak nampak tajuknya.

malam itu kami berempat bersiar-siar di tepi laut di tepi Queensbay. Kelihatan jambatan Pulau Pinang berdiri megah. Adik dan bang chik sibuk bermain lompat-lompat di atas batu.

"Adik, Bang Chik.. jangan melompat.. bahaya."aku memberi amaran.

aku duduk menemani abang Mil yang termenung jauh ke arah jambatan Pulau Pinang.

"Wana.. abang nak belajar lagi. abang mil nak jadi jurutera. "kata abang Mil. Aku diam. Aku tidak tahu untuk menyusun bicara. Aku sendiri pun tidak berpelajaran, bagaimana dapat aku memberi pandangan kepada dia.

"belajarlah.."aku bersuara sekadar tidak mahu menghampakan dia.

"okey. abang Mil akan sambung belajar semula."jawab abang Mil.

Aku memandang wajah abang Mil. Wajahnya serius. Pandangannya masih tidak berganjak dari jambatan Pulau Pinang itu.

"Abang Mil belajarlah. hidup macam biasa. nanti kalau dah kerja, boleh tolong abang Im.."aku menyambung. Abang Mil diam.

"lainlah wana.. wana tak ada mood nak belajar. wana nak berhenti belajar.."aku meluahkan keinginan yang sudah lama terpendam. entah mengapa aku terluah kepada abang Mil.

abang Mil menoleh ke arah wajahku. aku tunduk.

"kenapa? SPM tu penting.. kalau tak nak sambung belajar tinggi-tinggi pun tak apa.. yang penting ada sijil SPM.."kata abang Mil lagi.

Aku merenung ke kaki langit. Aku dan abang Mil jauh berbeza. Kami mempunyai latar belakang yang sangat berbeza. Dia tidak tahu betapa teruknya keputusan peperiksaan aku. Aku sudah bosan ke sekolah, terasa bagai orang bodoh yang tersesat.

"Tak boleh.. Wana tak boleh nak catch up.."aku mengadu. lama abang mil diam.

"Okay.. mulai esok, wana study dengan abang Mil. kacang je SPM tu.. kita study sama-sama." sambung abang Mil. suaranya bersemangat. aku rindu suara itu!!

Aku memandang wajahnya yang berseri-seri. benarkah?

adakah semudah ini untuk membakar semangat abang Im? aku baru sahaja nak beri kuliah percuma pada abang Mil, nampak nya dia tidak perlukan lagi pembakar semangat.

18

masa itu berjalan dengan sangat perlahan...
tatkala siang menjelma aku menanti malam menjelang...
aku setia menanti di sisi maklong, mengurut badannya yang sudah lama terlantar..
tangannya ku picit-picit..
kakinya ku picit-picit...
rambutnya ku sisir agar sentiasa dalam keadaan kemas...
setiap hari dahi maklong aku cium...

baru aku tersedar yang kasih aku pada maklong lebih kuat semenjak mak long terlantar...
selama ini aku tidak pernah begitu banyak mendoakan seseorang seperti mana aku mendoakan maklong..
aku duduk mengkhatamkan Quran di sisi maklong.. hatiku sangat gembira kerana berjaya akhirnya dalam tempoh sebulan ini mengkhatamkan kalam Allah ini..
terasa benar lapangnya dada ini...

ujian yang datang walau sebesar mana pun, kembalikanlah ia kepada Allah...
dada ini pasti meletup kalau menanggungnya sendiri..
tidak berdaya diri ini memikul segala beban hidup ini, selaku hamba yang lemah.. mustahil aku mampu menanggungnya sendiri..
daripada Allah kita datang.. kepadaNya kita kembali...

suatu hari nanti aku pasti akan menemui Allah.. Aku mahu menjadi orang yg baik... Aku mahu hidup dalam keadaan baik... Aku mahu mati dalam keadaan baik... Aku mahu mati dalam keadaan baik... ya Allah, aku ingin menghadapMu dalam keadaan baik...

*********
mengertilah bahawa hidup ini lebih dari sekadar tentang diri sendiri. adakalanya kita sendiri tidak ada sebab untuk gembira tetapi demi orang lain, kita ukir juga senyuman yang mengembirakan.

kita berkongsi hidup ini dengan orang yang hidup di sekeliling kita. apa salahnya kita korbankan sedikit rasa hati ini demi mereka yang di sekeliling kita.

bang chik dan adik hidup berdikari tanpa ibu dan ayah.. mereka sudah biasa bermanja dengan mak bah. kebanyakkan masa mereka bermain sendiri dan menonton rancangan televisyen. Ad pula mula sibuk dengan kelas tambahan persediaan untuk tingkatan 5, persediaan SPM..

Aku? Aku juga bakal menduduki SPM..
tetapi aku lansung tidak mahu memikirkan tentang itu. Aku lebih rasa bermakna memikirkan tentang tanggungjawab menjaga mak long. Aku tahu abang Im sangat gembira kerana dia tahu aku setia menemani maklong. andai ini yang mengembirakan dia, biarlah aku duduk di sini.

Abang Im semakin kurus. Wajahnya pucat. Aku lihat abang Im bersengkang mata menyiapkan laporan mengajar. Aku tidak faham apa yang dia lakukan. Aku tidak mahu bertanya apa yang dia buat. Biarlah dia, aku tidak mahu mengganggu dia.

Abang Mil benar-benar menduga kesabaran aku. Dia seperti orang yang sudah mahu mati. Dia sibuk bersedih dan meratapi apa yang dia telah hilang. ya, aku simpati dengan kehilangan yang dia alami. tetapi dia perlu sedar, bukan dia sahaja yang mengalami kehilangan itu. seluruh ahli keluarganya juga merasai kesakitan itu. adakah dia terlupa bahawa dia ada tanggungjawab untuk membantu abang im menguruskan adik beradiknya ini? adakah dia terlupa yang ibunya masih bernafas di hospital? adakah dia terlupa aku dilahirkan tanpa ibu dan ayah malah tidak ada apa-apa harta pun masih terus bersemangat untuk hidup.. adakah dia tidak tahu bersyukur? adakah... adakah...

selamilah jiwa ini wahai abang mil... engkau bertuah kerana ada abang yang sangat bertanggungjawab.. abang mu itu telah mengorbankan dirinya untuk memastikan dirimu dan orang-orang yang engkau sayang meneruskan hidup..
engkau bertuah ada adik-adik yang baik.. yang tidak mengeluh, merungut malah tidak pernah menyesali dengan kehilangan yang berlaku. mereka semakin taat kepada Allah dan menjadikan Allah tempat mengadu. Abang Mil patut melihat sendiri bang chik menangis ketika berdoa selepas solat. aku bangga dan sangat bersyukur dapat adik-adik yang baik seperti itu. tidakkah abang Mil turut merasa bangga dan bersyukur?

Abang Mil bertuah sebab arwah paklong meninggalkan sebuah rumah tanpa berhutang kepada mana-mana pihak. Abang Mil tidak pernah melihat pondok yang opah tinggalkan kepada aku. tanah itu milik orang lain. hanya pondok yang menunggu roboh itu diwariskan kepada aku.


**********

apakah lagi yang perlu aku harapkan dari hidup ini?
Aku tidak ada apa-apa di dunia ini. aku cuma menumpang kasih di sini.

beranikah untuk bermimpi terbang tinggi di awan sedangkan sedar tidak punya sayap?

jangan ditanya ke mana harus aku pergi kerana aku akan setia di sini selagi aku diperlukan. apa yang akan berlaku pada hari esok biarlah kekal dalam rahsia Allah...

17

Terdapat lebam yang menyeluruh pada bahagian bawah hadapan (frontal) kulit kepala. Tengkorak retak bermula dari bahagian parietal kiri hingga ke bahagian parietal kanan ( dari sisi tepi kiri hingga ke sisi kanan tengkorak), berukuran 24sm. Terdapat retak beganda (comminuted fracture) pada hujung kiri keretakan tersebut dan juga pada dasar tengkorak di fosa cranial posterior (bahagian ruang belakang tengkorak). Lebih kurang 7sm dari hujung kiri retak tersebut terdapat satu lekukan yang berbentuk bulat berdiameter 5sm.

Otak mengalami pendarahan pada permukaan otak (pendarahan subaraknoid) pada bahagian kiri dan kanan parietal yang berlanjutan ke osipital (bahagian lobar belakang otak) serta pada bahagian frontal sebelah kanan. Terdapat lebam pada bahagian permukaan dasar otak pada bahagian lobar temporal kanan dan juga bahagian serebellum sebelah kanan. Terdapat pendarahan di dalam ventrikel (ruangan) otak.


Argh!! cukup... aku tidak sanggup membacanya sampai habis..

aku tidak pasti sama ada abang Im membacanya sampai habis... menurut doktor, mak long tiada harapan untuk sembuh. maklong mungkin tidak akan terjaga dari komanya..

Abang Im agak berang dengan kata-kata doktor ini.. tetapi aku meyakini kata doktor itu... doktor itu lebih mahir dalam bidangnya...

Sudah lebih sebulan maklong koma.. sudah lebih sebulan aku berulang alik ke hospital untuk menemani mak long.. mak long tidak pernah menunjukkan tanda-tanda positif.. aku mula menerima hakikat yang maklong mungkin sudah tiada harapan untuk sedar..

Sudah lebih sebulan abang Kamil duduk di rumah... duduk di atas kerusi rodanya...
kemalangan jalan raya itu telah merampas nikmat abang Mil untuk berjalan dengan sempurna.. setiap hari abang Mil perlu melalui sesi terapi untuk belajar berjalan semula.. abang Mil masih trauma. Trauma dengan kehilangan ayahnya, kehilangan ibunya dan kakinya... dia masih mengigau di tengah malam menjerit-jerit memanggil nama ayahnya.. dia masih termenung jauh dan menangis sendirian.. dia masih tidak lalu makan dan minum... dia masih mahu bersendirian menatap gambar-gambar keluarga di ruang rehat keluarga...

di mata aku, Abang Im adalah insan yang paling sengsara... dia bagaikan sudah melupakan tentang dirinya dalam menguruskan keluarga ini.. dialah ibu.. dialah ayah.. dialah guru..
dialah yang menguruskan persekolahan adik-adik.. dia jugalah yang menguruskan hal ehwal rumah.. dialah yang menguruskan urusan-urusan rasmi saki baki yang ayahnya tinggalkan.. dialah yang berjaga malam menyiapkan kerja-kerja menanda buku pelajarnya.. dialah yang memberi semangat pada abang Mil untuk segera bangun meneruskan hidup.. dialah juga yang bangun di tengah malam bersujud pada Allah dalam linangan air mata...

abang im sudah banyak berubah... dia kelihatan sangat letih dan lesu... dia tidak banyak bergurau seperti dahulu.. dia tidak lagi selalu keluar menemui buah hatinya seperti dahulu.. kini seolah-olah wanita itu tidak pernah wujud...

aku menangis melihat pengorbanan abang Im.. sungguh, aku ingin peluk kaki abang Im sebagai tanda terharunya aku dengan pengorbanan abang Im..

Hatiku masih seperti dulu
Tidak pernah pun berubah cintanya
Adakah engkau masih sepertiku
Yang setia selamanya

Hatiku masih merinduimu
Biarpun kau jauh dariku
Selagi rindu mengusik kalbu
Cintaku masih padamu

Tahukah engkau betapa hebat cintaku
Tanpamu disisi aku keresahan

Tahukah engkau betapa hebat kasihku
Tanpa mu disisi aku kerinduan

Biarpun ombak merubah pantai
Kasihku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti

Francessca Peters & Jamal Abdillah


******
"bang chik... lekas solat."aku menegur bang chik yang sedang menonton televisyen. bang chik patuh. lama dia duduk di dalam biliknya. daun pintu renggang. aku mengintai..

bang chik sedang duduk di atas sejadah.. dia berdoa perlahan.. sambil menangis..

aku turut menangis...

Sunday, November 15, 2009

16

"Cik Wana?" suatu suara mengejutkan aku dari terlena.

Dalam keadaan mamai aku berdiri. seorang jururawat berdiri di belakang aku.

"Ada orang mencari puan.. cik wana waris puan kan..."kata jururawat itu lagi.
waris?

aku memandang ke arah abang Im yang masih terlena di hujung kaki maklong.

wajah jururawat itu aku tenung dalam-dalam seolah cuba membaca apakah yang bakal disampaikannya..

Dia menarik tanganku keluar dari bilik maklong. seorang pegawai polis sedang menanti. aku terkaku.

kenapa?
apa yang berlaku?
apalah lagi ni... ya Allah... lepas satu persatu datang ujian bertimpa...

"Cik waris Ahmad Kamil bin Mustafa?"soal pegawai polis itu. serta merta badanku sejuk.

Aku merenung tajam matanya..

"Ahmad Kamil terlibat dengan kemalangan di kilometer 10, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin di Bukit Lintang pagi semalam.."suara pegawai polis itu tenang..

tiba-tiba pandanganku gelap...

****

sebaik aku terjaga, aku sedang berbaring di sebuah bilik kosong bersendirian.
Serta merta aku bangun dan berlari keluar dari bilik. Aku masih di hospital.
Aku mencari-cari bilik maklong seperti orang yang gila mencari anak yang hilang.
sambil mencari aku menangis..

aku berlari-lari ke sana kemari tanpa mempedulikan jururawat yang memandang.
tiada sesiapa sempat menahan aku.

di mana bilik maklong?
aku terlupa..
macam mana boleh lupa ni?
kepalaku terasa sakit...
apa yang sedang berlaku ni??

Akhirnya aku tiba di sebuah ruang kosong berdinding kaca. Di luar sedang hujan lebat.. Langit gelap.. Awan berkepul-kepul tebal.. Aku melekapkan tubuh ke cermin..

Ya Allah........

aku menangis semahu-mahunya.. rasa diri ini bagai tidak berguna..

tenang Wana... sabarlah wana.. berat bahumu rasa, berat lagi yang abang Im rasa..


Abang Im?
serta merta aku teringat nombor bilik maklong.. segera aku ke sana.

abang Im tiada di bilik itu. Hanya jasad mak long yang sedang koma terlantar dengan wayar-wayar berselirat di badan.

"Cik Wana.. Encik Imran ada tinggalkan pesanan.."lembut suara jururawat menyapa aku.
aku menoleh. jururawat itu memegang bahuku memberi kekuatan.

"Encik Imran minta cik Wana tunggu Puan Maria.. Encik imran ke Melaka untuk melihat Encik Kamil.."sambung jururawat itu lagi.

****

Aku duduk di sisi maklong sambil membacakan surah al-fatihah... kemudian aku cuba-cuba membaca surah-surah lain perlahan... aku usap rambut maklong.. wajah yang cantik itu penuh dengan luka-luka kering... betapa dahsyat kemalangan yang menimpa mak long dan paklong.. kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terputus dua dan diheret treler sejauh 500 meter. jasad arwah paklong terputus dua...
hanya abang Im sahaja yang dibenarkan melihat jasad arwah paklong...

Bersemadilah dengan tenang... kasihilah hambaMu ini ya Allah... ampunkanlah dosa-dosanya yang lalu... tempatkanlah dia di tempat yang mulia...


aku mencium kepala maklong sambil air mataku menitik ke pipi maklong...

15

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab
(az-Zumar: 10).


Maklong masih koma.. Dr Rushdan kata tengkorak maklong retak. tulang belakang maklong juga patah.. kemungkinan besar maklong akan lumpuh seumur hidup dan maklong akan hilang ingatan...

Dub! terhenyak aku ke bumi sebaik mendapat berita ini. Aku lihat wajah abang im merah. matanya juga merah dan bengkak. aku ingin memberi kata-kata semangat pada abang Im tetapi aku kelu. aku benar-benar lemah...

jenazah paklong dibawa ke rumah. ramai saudara mara dan sahabat handai yang datang.. termasuklah keluarga yati.. masih ingat lagi pada yati?

yati seperti tercari-cari aku di celahan orang yang ramai.

"kau bawa sial.." bisik yati ketika terserempak dengan aku.

aku menyibukkan diri melayan tetamu yang ramai. hati aku pedih.. keluarga yang satu-satunya aku ada ini sedang bersedih. jangan kau ganggu aku, yati!

Mak Bah adalah orang paling sibuk.. dia sibuk membuat panggilan kepada saudara mara.. Abang Mil sudah bertolak ke Pulau Pinang awal subuh tadi. tetapi masih tidak sampai-sampai lagi. Adik-adikku kelihatan sugul..

Ya Allah... kuatkanlah kami ya Allah... kuatkanlah abang Im.. kuatkanlah Ad.. kuatkanlah bang chik... kuatkanlah adik..

selepas zohor, jenazah paklong di bawa ke tanah perkuburan.. aku tinggal di rumah.. hatiku tidak berhenti mengulang surah Al-fatihah.. hanya ini hadiah yang dapat aku kirim pada arwah paklong.. paklong sangat banyak berjasa padaku.. terlalu banyak...

aku belum sempat mengucapkan terima kasih...

maklong...

paklong...

terima kasih...

terima kasih untuk segala-galanya..

Wana berhutang pada maklong dan paklong....

Wana bersalah pada maklong dan paklong...

maafkan wana...

ampunkan wana...

wana tak ada ibu ayah.. wana ada maklong dan paklong ...

sekarang?

kereta abang Im sampai di depan pagar.. terkedek-kedek adik masuk ke rumah sambil tangannya menggenggam jari Ad.. Ad memandang wajah aku sambil mengetap bibir.. bang Chik pula berjalan seiring dengan Abang Im..

petang itu terlalu sepi..

"Wana.. siap-siap dik.. kita ke hospital jenguk ibu.."arah abang Im.. aku patuh.. cukuplah apa yang telah abang Im tanggung.. aku berjanji aku tidak akan sekali-kali membuat abang Im sedih.. cukuplah...

malam itu aku tidur di sisi maklong.. abang Im pula tidur di hujung kaki maklong.. abang im memeluk hujung kaki maklong... hidungnya di bawah tapak kaki maklong.. semalam abang im menangis sambil kaki ibunya diciumnya... aku sebak .. aku turut menangis melihatkan abang Im.. akhirnya abang Im terlena..

maklong...

bangunlah...

kami memerlukan maklong..

jam sudah pukul 1 pagi.. di mana abang Mil ni? Dua hari lepas abang Mil ke Johor Bharu kerana ada pameran di Danga Bay. aku amat berharap abang Mil ada untuk memberi semangat pada abang Im.. abang Im benar-benar memerlukan seseorang untuk menanggung ujian berat ini...

Sunday, November 8, 2009

14

masa untuk berubah!!!

aku mengemas pakaian untuk aku bawa ke rumah Aini. aku sudah membuat keputusan untuk berpindah selama beberapa hari ke rumah Aini. mungkin juga beberapa minggu.. sebenarnya aku tidak tahu sampai bila aku mahu berada di sana.

apa yang penting ialah aku mahu keluar dari rumah ini.
aku mahu mengikut Aini bekerja. Aku mahu berubah. Aku mahu melakukan anjakan paradigma. Aku mahu memulakan hidup yang baru. Aku mahu berdikari.

Ya.. aku mahu berdikari.

hatiku gembira berbunga-bunga untuk meninggalkan rumah ini. aku menyanyi perlahan sambil mendengar lagu Jatuh nyanyian Adam AF2..

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu


tiba-tiba tombol pintu berputar dan daun pintu terkuak. kepala adik mengintai.

"kak wana nak pergi mana?"soal adik.

aku menarik tangan adik dan memeluk adik. aku duduk di atas lantai dan memeluk tubuh kecilnya yang kurus. aku mengucup tangannya beberapa kali.

aku merenung ke dalam mata adik yang bulat. mata itu penuh dengan kasih yang tidak terjamah.

"sayang.. kak muna nak pindah.. adik jangan nakal-nakal tau."pesan aku sambil mengusap rambut adik.

"nak ikut."kata adik. aku menggeleng. aku melepaskan tubuh adik dan menyambung mengemas barang-barang.

tudung biru bersulam aku sarung ke kepala.. aku memandang wajah aku di dalam cermin. aku masih ingat kali pertama aku memandang diriku di dalam cermin ini. diri aku sudah sangat jauh berbeza sama ada dari sudut penampilan mahupun pemikiran. rasanya aku yang dulu lebih mudah difahami berbanding yang ada hari ini...

aku yang sekarang ini terlalu 'complicated' sama sahaja seperti status aku sendiri...

stokin merah garang aku sarung di kaki. stokin itu hadiah abang Mil ketika dia pergi ke luar negara kerana mendapat tajaan lawatan oleh Petronas. pelik sungguh abang Mil itu. dalam banyak-banyak aksesori wanita yang cantik-cantik, dibagi nya aku stokin tebal ini.
aku tidak pernah memakai stokin ini kerana ianya tidak sepadan dengan baju-baju aku. tetapi hari ini aku mahu berjalan jauh memakai kasut sukan. aku tidak mahu jari aku melecet, dan aku pun teringat pada stokin ini.

wajah adik muram hampir hendak menangis. aku menarik tangannya sambil mengendong beg galas yang berat.

"dik.. tolong bagi surat ni pada abang Im.."aku menyerahkan sepucuk surat kepada adik.

adik mengambil tanpa bantahan.

aku bertenjet menuruni tangga supaya mak Bah tidak mendengar setiap langkahku. mujur aku memakai stokin mereh yang bertuah ini, mudah untuk aku berjalan tanpa bunyi tapak kaki.

tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

ARGH!...

nombor abang Im.. aduh....

"hello.."aku menjawab.

"Wana tolong abang,"suara abang Im cemas.

"kenapa abang?"aku cemas.

"abang on the way ke hospital di seberang jaya. wana tolong datang ke hospital dengan adik-adik yang lain. bawa mak bah sekali. urgent!" arah abang Im.

aku mencapakkan beg galas dan segera berlari mendapatkan mak bah.

tidak sampai 5 minit, aku, mak bah, bang chik, adik dan Ad bertolak menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan itu aku diam. siapa yang berada di hospital? maklong? paklong?
siapakah?
berkali-kali aku menelefon abang Im tetapi telefonnya tidak berjawab.

abang Mil di UTP. aku teringat untuk menghubungi abang Mil tetapi setiap kali aku ingin menekan butang panggilan, aku terkaku. entah kenapa aku berat untuk bercakap dengannya.

Ah.. sms sudah lah. tak perlu bercakap.

sms itu tidak berbalas...

Friday, November 6, 2009

13

Aku benci menyerah. balik-balik menyerah pada nasib, pada takdir. Allah pun benci kalau kita asyik menyerah sahaja tanpa berusaha memperbaiki keadaan yang sedia ada.

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Puan Nirmala melangkah pergi meninggalkan aku dengan langkahnya yang angkuh. aku menggenggam penumbuk menahan marah. entah semenjak kebelakangan ini aku mudah benar menjadi baran. Benci aku mendengar leteran puan Nirmala yang menegur markah peperiksaan subjek beliau yang merah. Dulu aku tidak terasa sangat bila dikata bodoh tetapi kini perkataan itu bagaikan pisau tajam yang menyembelih aku. Aku sudah cukup rasakan diri aku bodoh. Dia tidak perlu menambah lagi. Beberapa orang pelajar lelaki tersenyum-senyum melihat aku dimalukan. beberapa orang pelajar perempuan sibuk keluar masuk kelas sementara guru tiada di dalam kelas.

Aini menghampiri aku.

"Buat tak tau aje. abaikan je.. dia tu memang suka buat kecoh!"pujuk Aini.

"Sakit hati lah!"keluh aku.

"Tak payah fikir apa yang dia cakap tu.. dahlah tu. kau nak tak cari kerja? cuti ni aku nak pergi kerja. boleh cari duit, boleh enjoy.."pujuk Aini.

berseri-seri wajah Aini mengajak aku mengikutinya.
Aku mengangkat wajah. Aku belum ada perancangan masa cuti sekolah yang tinggal lagi seminggu. Bagus juga cadangan Aini, dapatlah aku melarikan diri dari rumah Maklong.

"Kerja dimana?"soal aku meminta kepastian.

"Club.."jawab Aini sambil tersenyum.

terbeliak mata aku mendengar jawapan Aini.

"Aini, aku bertudung macam ni pun kau ajak pergi club? aku malulah..."keluh aku.
Aini ketawa.

"Main-main aje.. shopping complex lah.. atau jadi waitres kedai makan pun okey juga.."sambut Aini sambil ketawa.

Aku membalas dengan senyuman. Aku berminat.

*********

"Bila hari ambil report card Wana? "soal abang Im ketika aku baru sahaja sampai ke rumah.

Hampir setiap hari aku tidur di rumah Aini. Aku hanya balik ke rumah sekejap-sekejap untuk mengambil pakaian dan barang sekolah sahaja. Nampaknya abang Im memang sudah menantikan aku.

"Esok."balas aku ringkas tanpa memandang wajah abang Im.

"Kenapa tak bagi tau abang?" soal abang Im lagi.

Aku berjalan ke bilik. Abang Im mengekori. Nampaknya dia benar-benar tidak puas hati dengan
aku.

"Wana! pandang abang bila abang bercakap!" arah abang Im. aku tersentak. Aku tidak pernah mendengar suara abang Im ditinggikan. aku takut. perlahan-lahan aku memusingkan badan ke arah abang Im.

"pandang muka abang!"suara abang Im tegas. Aku mengangkat wajah tetapi mataku masih memandang bawah. hanya seluar abang im sahaja yang aku pandang.

"Wana dah melampau. wana sedar tak wana dah sangat-sangat melampau?"soal abang Im. aku diam. takut...

"Mula-mula wana kata wana nak tidur di rumah Aini sebab nak belajar. Okey, abang bagi. sekarang exam dah habis, wana masih tak nak balik sini. bila balik langsung tak tegur abang. wana ingat rumah ni hotel ke? Abang cari wana di sekolah. rupa-rupanya dah seminggu wana ponteng sekolah. wana ke mana? ini ke yang abang ajar selama ni? wana dah jadi lupa diri.. wana sedar tak wana siapa?! " suara abang Im semakin tinggi. abang Im benar-benar marah.

Pedih... air mata mengalir menuruni lurah pipiku.
aku tidak boleh berkata-kata. seakan ada sesuatu terlekat di kerongkong yang menghalang aku untuk bercakap.

Rasa benci membuak-buak pada abang Im. rasa sayang juga bertujah-tujah pada abang Im. rasa bersalah bertimbun-timbun dalam dadaku. rasa marah mengasak-asak jiwaku.

Aku menangis teresak-esak. lemah rasanya kaki ini untuk berdiri. aku terduduk sambil menangis. Abang Im diam. Dia berlutut di hadapan aku. Lama dia diam.

"Abang minta maaf.. abang tak berniat nak marah. tapi abang risaukan wana.. abang sayangkan wana.."pujuk abang Im.

Wana tahu semua itu, abang Im.. wana sangat tahu. Maafkan wana.

********************************************

malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena. jiwaku diselubungi rasa berdosa pada maklong dan paklong. Akulah anak yang tidak mengenang jasa. Aku sibuk dengan penyakit jiwaku sehingga melupakan segala pemberian yang telah maklong dan paklong berikan pada aku. Aku terlalu menjaga perasaanku supaya jangan terluka sehingga aku melukakan perasaan orang yang aku sangat sayang, abang Im. aku terlalu terbawa-bawa memikirkan kebahagiaan aku sehingga aku lupakan adik-adik yang selama ini memberi kebahagiaan kepada aku. betapa aku berdosa...

Mata aku sakit. Bengkak kerana asyik menangis. Aku menekup bantal ke muka dan menjerit sepuas hati.

Ya Allah... jiwaku sengsara. damaikanlah ia...

************************************************

Pagi itu aku mengikut abang Im ke sekolah sekali dengan Ad. Sampai di sekolah, abang Im terus ke kelas Ad untuk mengambil rekod laporan Ad. Aku pula tidak terus ke kelas sebaliknya ke bilik guru. Aku mencari ustazah.

"Hai ustazah.. lama tak nampak." tegurku mesra. ustazah kelihatan terkejut.

"eh siapa yang lama tak nampak.. seronok kamu bercuti awal ye.."perli ustazah. aku ketawa.

"ustazah sibuk ke?"tanya aku lagi. Ustazah kelihatan seperti hendak cepat.

"Ustazah nak ke kelas. kejap lagi parents sampai nak ambil report card." jawab ustazah sambil mengangkat buku-buku laporan pelajar.

aku diam.

"kenapa wana? nak jumpa ustazah ke?"soal ustazah.
aku menggelengkan kepala.

"pergi balik kelas kamu, kejap lagi guru kelas kamu masuk.."arah ustazah. ustazah berlalu pergi dengan pantas.

aku menghela nafas panjang. aku sebenarnya sengaja mahu lewat masuk ke kelas.

belum aku sampai ke kelas, kedengaran suara pelajar-pelajar ketawa. aku berlari cepat menuju ke arah suara itu. aku juga ingin ketawa bersama.

rupa-rupanya abang im sedang berdiri di depan kelas. guru kelasku puan Nirmala juga ada di situ.

"kelas ni tak ada jam ke?"soal abang im sambil mencebik. pelajar-pelajar menjawab tiada.

"ish kesian... "abang Im mengangguk beberapa kali. semua orang ketawa termasuk puan nirmala.

"kalau letak jam pun, budak-budak ni ganas sangat, mesti rosak!" puan Nirmala mengadu.

"ya? ganas sungguh... siapa yang paling ganas tu? mari sini tunjukkan pada cikgu! mana satu yang ganas tu?"usik abang Im lagi.

semua orang ketawa. aku masih menyorok di belakang pintu.

"Dia.. Dia!"
"Tak!! Dia ni!!"

kelas menjadi bising. suara orang bergelak ketawa seolah ada parti. abang Im memang suka mengusik. dengan puan nirmala sekali turut serta membuang bising.

lama aku berdiri di belakang pintu. malu pula rasanya kerana masuk lewat. menyesal. kalau aku masuk sekarang pasti aku menjadi perhatian.

Argh.. tiba-tiba aku terus masuk. suasana yang bising serta merta diam. abang Im tercegat memerhatikan aku. pelajar-pelajar lain tercegat memerhatikan abang Im dan aku.

"Cikgu, saya nak ambil report card wana," abang Im duduk di depan Puan nirmala.

"Oh, patutlah dari tadi cikgu di sini. saya hairan juga tadi. "puan nirmala tersenyum.

"mana ayah dan ibu wana? cikgu ni abang wana kah?" soal puan nirmala. aku tidak dengar apa jawapan abang Im.

"wana..duduk sini"arah puan nirmala.

Perlahan aku bangun dari kerusi dan duduk di depan meja puan nirmala. Tanganku sejuk.

12

gigih aku berusaha menjauhkan diri dari abang Im. kini aku berusaha untuk balik dari sekolah dengan Aini, teman baik di sekolah. Kami akan menaiki bas ke sekolah. kemudian aku terpaksa berjalan kaki mendaki bukit sejauh setengah kilometer untuk sampai ke banglo paklong. biarlah penat asalkan tidak perlu berdua dengan abang Im. aku takut pada Allah. aku takut berdosa. aku masih mampu untuk berjalan, biarlah aku berjalan. selagi aku berdaya menjauhi dosa, selagi itulah aku akan bersungguh-sungguh menjauhinya.

inilah hukuman bagi mereka yang melanggar batas syariat. mereka dihukum dengan seksaan asmara. sakit bukan kepalang.

cukuplah....

aku tidak mahu mencari alasan dan aku tidak mahu berdalih. aku tahu yang benar dan aku tahu yang salah. aku akan berusaha bersungguh-sungguh melakukan yang benar dan menjauhi yang salah. bantuhilah hambaMu ini ya Allah....

rentetan perubahan aku yang mula bertudung menyebabkan maklong dan paklong semakin renggang dari aku. mungkin kerana mereka tidak memahami tuntutan bertudung ini. maklong memang tidak pernah bertudung. tetapi aku yakin maklong menjaga solat 5 waktunya.

alhamdulillah...

aku rindukan opah...
aku rindukan pondok usang opah...
bolehkah kalau aku ingin menjengah ke sana sebentar?
kalaulah rawang itu hampir dengan pulau pinang....

hari peperiksaan tiba. aku berusaha menyiapkan diri sebaik mungkin. aku meminta izin dari maklong untuk bermalam di rumah Aini, kononnya supaya kami dapat mengulangkaji pelajaran bersama. hakikat sebenarnya aku mahu menjauhkan diri dari keluarga maklong. aku benar-benar mahu lari dari rumah banglo itu. terasa tenang sebaik melangkah keluar dari rumah itu.

aku tidak membenci mereka. aku terlalu sayangkan maklong, paklong, abang Im, abang Mil, Ad, bangchik, adik dan Mak Bah. aku sangat sayangkan mereka. tetapi aku benar-benar perlukan masa untuk bersendirian.

pagi itu ayah Aini menghantar kami ke sekolah dengan kereta Pesona nya. kebetulan tersempak dengan kereta BMW abang Im.

"Wana..."abang Im memanggil.

aku terus berjalan tanpa mempedulikan abang Im. Aini hanya mengikut sahaja langkahku. Aini tidak tahu pergolakan jiwaku. dia cuma tahu yang aku tidak selesa di rumah banglo milik keluarga cikgu Im, guru fiziknya.

"Wana...!" abang Im mengejar. Beg galas ku ditarik menyebabkan aku hampir terjatuh. Mukaku berkerut marah.

"Maaf.." suara abang Im perlahan. aku tunduk. Aini melangkah meninggalkan aku.

"Wana.. kenapa ni ?"soal abang Im.

"takda apa-apa." balasku dalam nada keras.

"jangan bohong abang. abang kenal wana."balas abang Im.

menggeletar kepala lututku mendengar kata-kata abang Im. adakah dia dapat melihat betapa dahsyatnya ribut yang melanda hati aku?

"abang, wana exam pagi ni. doakan wana." aku terus memusingkan badan dan berlalu tanpa menoleh ke belakang.

fokus wana.. fokus.. peperiksaan pagi ini penting.

11

peperiksaan akhir tahun bakal menjelang. aku dan Ad sama-sama berada di tingkatan 4. Ad berada di kelas pertama manakala aku di kelas kelima. mustahil aku dapat sekelas dengan Ad sedangkan aku sudah ketinggalan 9 tahun persekolahan. Aku berhempas pulas dalam pelajaran hingga akhirnya aku termasuk dalam kalangan antara pelajar yang baik di kelas-kelas bawah. Abang Im kata aku sudah dikira sangat bagus dibandingkan dengan pelajar-pelajar kelas bawah. Aku gembira dengan pujian itu. mungkin juga kegembiraan itu adalah kerana ia datang dari abang Im sendiri.

peperiksaan akhir ini amat penting buat aku. aku benar-benar berharap aku akan lulus untuk semua subjek yang aku ambil. Aku paling lemah subjek sejarah kerana terlalu banyak yang hendak dihafal dan soalan berbentuk esei yang panjang. tertekan betul rasanya terpaksa menulis esei sedangkan aku masih merangkak-rangkak menulis karangan.

"abang nak keluar, ada sesiapa nak pesan apa-apa?"abang im membuat pengumuman kepada semua yang ada di ruang rehat keluarga. semua yang ada terkejut melihat betapa bergayanya abang Im dengan baju kemeja kuning dan seluar hitam. bau minyak wangi menusuk hidung.

"abang hensemnya!" puji adik ikhlas. abang Im tersenyum lebar.

"kirim salam kepada bakal kakak ipar aku.."usik abang Mil.

"samalah! kirim salam juga tau.."sampuk Ad.

berseri-seri wajah abang Im. Bang Chik hanya mengukir senyuman.

"jangan balik lewat, sebelum pukul 12."sampuk abang Mil lagi.

semua yang ada ketawa. Mak Bah muncul sambil menggosok hidungnya.

"semerbak harumnya..."usik Mak Bah pula. serentak semua orang ketawa termasuklah abang Im.

Aku cuba untuk tersenyum tetapi gagal. argh tidak!!!

sedarlah wana siapa diri engkau.. sedarlah wana. berhentilah mengharapkan benda yang mustahil..

malam itu abang Mil pulang lewat. jam sudah menunjukkan pukul 12.3o pagi tetapi abang Im masih belum balik. aku tidak dapat melelapkan mata. bodohnya rasa! aku benci pada perasaan yang hadir dalam diriku. bodohnya aku!

sekalipun kucing bertanduk, mustahil aku akan dapat memiliki abang Im. bodohnya aku!!

buku-buku untuk aku telaah terabai. peperiksaan semakin hampir tetapi aku tiada hati untuk belajar. aku hanya melihat sambil lalu adik, bang chik dan Ad yang sedang pulun belajar untuk peperiksaan akhir.

radio ku pasang perlahan sekadar menghilangkan suasana yang bungkam.

Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biarkan ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu




lagu bertajuk 'Sepenuh Hati' ini menambah seksa batinku. akhirnya aku menangis tewas dengan perasaanku.

bodohnya!!
“Carilah hatimu ketika membaca al-Quran.
Jika tidak bertemu, maka carilah hatimu ketika bersolat.
Jika tidak bertemu juga, maka carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati. Jika masih tidak bertemu, maka berdoalah kepada Allah s.w.t., pinta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati!”
(Imam al-Ghazali)
aku berlari ke bilik air dan mengambil wudhuk. segera kucapai al-Quran dan membaca perlahan kalam Allah itu. sambil ayat-ayat Al-Quran itu meniti di bibirku, air mata masih laju mengalir dari mataku. bacaanku terganggu oleh esakan yang bersambung-sambung..

ya Allah... damaikanlah keresahan ini..

10

indah sungguh pemandangan laut yang membiru. hembusan angin yang meniup lembut ke wajah benar-benar mengasyikkan. bang chik dan adik berlari-lari dengan hanya berkaki ayam. mak long dan pak long duduk di bangku di bawah pohon ru. abang Im sibuk dengan telefon bimbitnya. abang Mil pula berjalan-jalan di tepi pantai bersama Ad. hanya aku yang duduk bersendirian diatas batu.

luasnya lautan tanpa bertebing. birunya langit bertompok-tompok awan memutih. berkali-kali aku melontarkan pandangan ke lautan luas tanpa rasa jemu. terasa lapang dada melihat keindahan alam yang masih terpelihara.

sesekali aku menjeling ke arah abang Im yang asyik bermain sms dengan seseorang. tiba-tiba rasa sakit hati ini. ah biarlah dia.. aku adik dia. huh!!

abang Mil menendang-nendang air laut ke arah Ad. Ad membalas dengan memukul air laut ke arah abang Mil. habis basah lencun kedua beradik itu. Aku tertawa sendirian melihat Ad membalas bertubi-tubi kepada abang mil. Aku tidak berapa rapat dengan abang Mil. Aku agak segan dengan abang Mil. abang mil jauh berbeza dari abang Im. abang Im mudah mesra dengan orang lain manakala abang Mil pula seorang pendiam. Abang Mil kini sedang menuntut di UTP. Abang Mil adalah yang paling cemerlang akademiknya berbanding adik beradik yang lain. semua orang termasuk saudara mara mereka mengkagumi abang Mil. Aku pula sangat rendah diri dengan abang Mil. Dia terlalu hebat...

"Kak wana!! kak wana!!" suara adik menjerit.

aku menoleh ke belakang. kelihatan semua anak-anak maklong sedang mengelilingi maklong dan paklong. mereka sedang menyiapkan tempat untuk makan. aku melompat turun dari atas batu. aku memandang seluar batik yang aku pakai. cantik. seluar ini mahal, paklong beli di Indonesia. baju blouse sifon putih berbunga merah jambu ini juga cantik, mak long beli di China. Maklong dan Paklong pasti akan membelikan aku bermacam-macam fesyen pakaian dan aksesori ketika mereka membeli belah. aku bagaikan patung yang dihias sepuas hati oleh pasangan yang terlalu inginkan anak perempuan.

bersyukurlah wana... engkau asalnya tidak punya apa-apa.
Alhamdulillah...

"Wow... siapa masak ni?" girang abang Mil menyuap pizza tuna ke dalam mulutnya.
"kak wana lah! kak wana pandai masak.."sambut adik sambil menyua pinggan kosong kepadaku. aku tunduk tersipu-sipu.
"Mak Bah yang ajar. hehe."aku membuat pengumuman.
"dah boleh kahwin,hehe."usik Ad. mukaku merah menahan malu. malu pada abang Mil. atau sebenarnya malu kepada abang Im?

*********

Abang Mil sering pulang ke rumah semenjak akhir-akhir ini. aku tidak berapa selesa dengan kewujudan abang Mil di rumah. kebanyakkan masa aku cuma terperap di dalam bilik mengulangkaji pelajaran. abang Mil pula dengan penuh bahagia berbaring di sofa ruang keluarga menonton televisyen.

Mak Bah pula kini selalu berulang alik ke rumahnya di kampung. mujurlah ada adik dan bangchik di rumah. jika mereka berdua tiada, tentu aku akan mati kelaparan kerana berkurung di dalam bilik. Ad selalu keluar ke rumah kawan-kawannya. biasalah orang mempunyai motor, panjanglah kakinya...

"kak.. "suara manja adik dari sebalik pintu. aku membuka pintu sambil mengintai ke luar.

"ye sayang, masuklah."pelawa aku.

"lapar.."kata adik. aku tersentak. alamak sudah pukul 11 pagi tetapi aku belum masak makanan tengah hari. semuanya kerana gara-gara malas bertembung dengan abang Mil. kasihan adik kelaparan.

"kejap ye sayang, kak wana nak ambil tudung." lantas aku mencapai tudung dan menyarung ke kepala.

adik tercengang. dia mengikut aku ke dapur. sepanjang aku memasak adik hanya memerhatikan aku. sesekali aku menghadiahkan senyuman kepada adik.

"adik makan ni dulu."

aku memotongkan buah tembikai merah kepada adik.
kasihan adik kelaparan. adik membaca doa dan mengambil buah yang telah aku potong.
tiba-tiba abang mil muncul. Dia memandang aku dengan wajah penuh persoalan.

"Nak ke mana Wana?"soal abang Mil lembut sambil duduk di sebelah adik.

aku diam. malunya nak berterus terang.

"kak wana!! nak ikut..."rungut si adik tiba-tiba. wajah abang Mil semakin berkerut.

aku terkaku.

bagai terngiang-ngiang pesanan ustazah kepadaku tempoh hari tentang aurat anak angkat dengan keluarga angkatnya.

Ya Allah.... kuatkanlah diriku.

9

Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungghuhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar 39:53)


sukanya aku pada ayat Quran ini. aku menyalin dengan tulisanku yang paling cantik pada sekeping kertas bewarna biru muda. kemudian aku mengguntingkan kelilingnya berbentuk awan. siap!! penanda buku berbentuk awan.

aku selitkan penanda ini di dalam Al-Quran yang lengkap dengan terjemahan. Al-Quran ini hadiah dari ustazah Latifah. Aku mengira-ngira berapa juzu' lagi tinggal sebelum aku khatamkan Al-Quran ini buat pertama kalinya. hatiku terhibur..

Alhamdulillah...

"Jangan baca cepat-cepat, nanti banyak kesilapan tajwidnya. baca biar hati-hati. kene teliti. baca sekali terjemahannya supaya isi kandungan kalam Allah itu dapat difahami. membaca tanpa memahami maksud ibarat orang yang buta.. ada mata tetapi tak nampak."pesan ustazah Latifah.

aku mengangguk patuh. Ustazah menjeling ke jam tangannya.

"Nak balik dengan ustazah tak?" tanya ustazah Latifah.

"eh takpe, saya balik dengan cikgu Im.."jawab aku sambil tersenyum.
Wajah ustazah bimbang.

"wana.."ustazah latifah memegang tangan kananku.
dia menggosok hujung jariku.

"ustazah nak cakap sesuatu.. ini untuk kebaikan wana.."ustazah membuka bicara.
aku tersentak.

"kenapa ustazah?"aku tertanya-tanya.

berdebar jantungku menantikan kata-kata dari bibir ustazah.

"Walaupun wana anggap cikgu im macam abang wana, dia tetap bukan darah daging wana.."sambung ustazah.

aku terkedu. apa yang telah aku lakukan? apa kaitan dengan abang Im?

"Bila lelaki dan perempuan berdua-duaan, yang ketiga adalah syaitan."sambung ustazah lagi.

Aku tidak faham. Berkerut wajahku berusaha memahami kata-kata ustazah.

"kami tak pernah buat apa-apa ustazah!" aku membela diri.

ustazah mengangguk. tangannya menggenggam jari-jariku.

"ya.. ustazah tahu.."ustazah bersuara lembut.

Matanya redup merenung mataku.

"sebolehnya cuba elakkanlah berdua-duaan. ustazah tahu perkara ni tak mudah. tambah lagi wana tinggal serumah dengan keluarga yang anak-anaknya semua lelaki.." sambung ustazah lagi.

aku tunduk. ada benarnya kata-kata ustazah itu.

"ustazah.." aku bersuara.
aku tidak berpuas hati dengan kata-kata ustazah tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya.

"kami dah macam adik beradik!"balas saya lagi.

ustazah diam seketika. matanya yang redup seperti cuba untuk berkata-kata namun aku gagal menterjemahkan bahasanya.

"wana sayang.. usahakanlah setakat yang terdaya.. wana kena jaga diri baik-baik. jaga akhlak. dan...."ustazah menarik nafas dalam-dalam.

"dan?" aku merapatkan wajah ke wajah ustazah.
wajah ustazah tenang.

"peliharalah aurat.."sambung ustazah lagi.

aku panas.. panasnya rasa tiba-tiba.

"saya tak mampu ustazah. siang malam saya tinggal serumah dengan mereka. saya tak mampu. ustazah tak faham!"balasku agak kasar.

entah mengapa rasa seperti hendak marah.

dengan segera aku bangun dan berlalu meninggalkan bilik guru.

berdosakah aku ya Allah?
terasa dada begitu sempit.. kini aku tahu aku berada dalam belenggu dosa yang aku tidak mampu elakkan.
apa yang harus aku lakukan?

dari jauh kelihatan Abang Im sedang mengangkat fail-fail menuju ke keretanya.

"makcik!! tolong abang angkat buku dari atas meja abang.."usik abang Im dengan wajah ceria. aku membalas dengan ketawa.

"baiklah pakcik.. kene bagi upah tau!"balasku mesra.

aku berpatah balik ke bilik guru. ustazah masih di situ. sengaja aku berjalan cepat tanpa memandang ke arah ustazah sedangkan selama ini aku pasti akan menyapa ustazah ketika hendak ke meja guru abang Im.

panasnya hati ini !!!


8

"pergi sekolah, belajar.. jangan main ja tau."pesan abang Im.

adik menyarung kasut sekolahnya. Bang chik pula sedang tergopoh gapah memakai baju. abng chik memang selalu terlewat ke sekolah. kebiasaannya hanya adik yang sempat pergi ke sekolah bersama abang Im. Ad pula ke sekolah menaiki motosikal tanpa lesen. Selalunya Ad lah yang akan menghantar bang chik.

"wana nanti tolong bagi tau pada Ad dan bang chik yang abang akan ke sekolah mereka lepas waktu rehat." pesan abang Im. aku terpinga-pinga. Abang Im sudah memahami setiap maksud riak wajahku.

"hari ni hari ambil report card. abang kene ambil report card budak-budak ni. nasib baik wana tak sekolah, kalau tak pengsan abang nak kene pergi sekolah wana juga tau." kata abang Im lagi.

aku diam. apa yang ada pada report card ?

"kak wana.. jom lah pergi sekolah." pelawa adik. aku termenung. sekolah?

Abang Im memandang wajah adik dalam-dalam. kemudian memandang wajah aku agak lama. aku tunduk tidak selesa.

"wana nak ke sekolah?" tanya abang Im.

"nak!!" pantas aku menjawab. aku tidak tahu apa yang menyebabkan aku boleh begitu yakin dengan jawapan itu.

Abang Im memandang jauh. Dia seperti berfikir sesuatu. Adik tersenyum ceria sambil menarik-narik tanganku manja.

"yes! berjaya siap awal!" tiba-tiba muncul bang chik yang sudah lengkap berpakaian sekolah.

"eh, jom pergi. dah lambat ni!" abang Im bergegas ke kereta diikuti bangchik dan adik.

tak sabar rasanya hendak mengikut mereka ke sekolah..

7

alam luas terbentang.

langit tinggi tergantung tanpa tiang.

begitulah hebatnya kuasa Allah. aku yakin aku sudah menemui satu kuasa yang selama ini aku tercari-cari siapakah ia. Itulah Allah...

kehidupan yang tenang. keluarga yang bahagia. ada orang untuk menyayangi. ada orang untuk disayangi. ada orang untuk berkongsi. apakah lagi yang aku perlukan untuk aku katakan segalanya telah sempurna?

Alhamdulillah... abang Im kata bila aku sebut-sebut kalimah ini, dia pun akan dapat pahala kerana dia yang mengajar aku kalimah ini.

jadi aku ingin menyebutnya berulang kali.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah......

Setiap petang aku ternanti-nanti kepulangan abang Im. Aku rindukan saat-saat untuk didenda. Langsung aku tidak takut dipaksa berjalan itik, membancuh kopi, berdiri sebelah kaki atau peluk pokok dan cium dinding. bagi aku semua itu sangat menghiburkan. Aku gembira dapat memegang buku yang penuh tulisan yang mana aku masih merangkak membacanya. semakin hari aku semakin lancar membaca. hampir kesemua buku cerita yang tersimpan di rak buku keluarga maklong aku telah pun belek-belek.

"Ahad ni abang nak ke MPH."kata abang Im. aku diam. apakah itu?
adik dan bang chik bersorak gembira. mengapakah?

"eh sibuk, siapa nak bawa budak kecik?" usik abang Im menahan ketawa. berguling-guling adik meraung.

"Abang Im jahat!" marah bangchik.

"Ha.. Allah marah tau kata jahat pada orang yang baik.."sambung abang Im.

"Abang Im jahat. kalau baik, kenapa tak bawa kami pergi MPH! nak ikut juga!!" marah bangchik. adik sudah menangis. kadang-kadang aku geram dengan perangai abang Im yang mengusik adik-adiknya hingga menangis.

"Abang Im nak bawa makwe abang je.. budak kecil tak dibenarkan mengganggu orang dewasa berdating. harap maklum." abang Im mengusik lagi.

"Eee.. abang nak dating! nak bagitau mama!"sampung adik.

tiba-tiba aku rasa panas semacam. adakah aku cemburu?

"bagitaulah.. senang sikit. tak payah abang nak bagitau."balas abang Im.

wajah aku masam mencuka. Abang Im menyedari riak wajahku yang berubah.

"Abang main-main ajela.. ish korang ni, tak best betul lah."terang abang Im.

adik mengesat air matanya yang meleleh sambil tersenyum. bangchik tersenyum lebar menampakkan giginya yang tersusun. entah kenapa aku tak mampu untuk ikut sama tersenyum.

6

hidup ini semakin menarik. semakin hari semakin banyak perkara baru yang aku tempuh. kejutan demi kejutan menerjah ke dalam ruang hidupku. aku tidak dibenarkan untuk menghentikan masa dan memahami apa yang sedang berlaku. aku dipaksa untuk berlari sama laju dengan masa yang ada.

aku tiada masa untuk bersedia. aku cuma perlu bersedia menerima.

pakcik dan makcik telah menghantar aku ke Pulau Pinang. Aku tidak tahu tempat apakah ini. Tempat ini tidak jauh bezanya dengan bandar di tempat aku sebelum ini. di Pulau Pinang ini, aku menetap di rumah Mak Long iaitu kakak sulung pakcik. Sebenarnya aku dihantar ke sini untuk menggantikan tempat bekas pembantu rumah MakLong yang telah melarikan diri. Maklong dan Paklong sibuk bekerja sedangkan mereka mempunyai 6 orang anak lelaki yang langsung tidak tahu menguruskan rumah.

anak sulung maklong ialah imran- abang Im. Abang Im ialah seorang guru praktikal di sebuah sekolah berhampiran. Anak maklong yang kedua ialah Kamil - abang Mil iaitu pelajar di sebuah kolej swasta. Anak ketiga maklong ialah Fuad- Ad yang kini sedang berada di tingkatan 4. Anak keempat pula ialah Musa- bangchik yang berada di tingkatan 1 dan yang bongsu ialah Saleh- adik yang baru darjah tiga.

Abang mil tinggal di rumah sewa. Anak-anak maklong yang lain tinggal bersama keluarga di rumah banglo di atas bukit. Paklong seorang ahli perniagaan yang sering berulang alik ke luar negara manakala maklong sibuk dengan salun kecantikan miliknya. Wajah maklong masih jelita seperti wanita yang baru hendak mencecah 3o tahun. aku sungguh terpegun dengan kejelitaan maklong pada kali pertama kami bertemu. paklong pula sudah gugur rambutnya di bahagian tengah. paklong peramah dan suka mengusik maklong. maklong pula lemah lembut tetapi sangat sensitif.

walaupun tujuan asal aku dihantar ke rumah maklong adalah untuk menjadi pembantu rumah tetapi kini aku tidak pernah melakukan kerja-kerja rumah. Maklong dan paklong terkejut melihat aku yang bagi mereka terlalu muda untuk bekerja. mereka menyangkakan tentulah aku berusia awal 20an. memandangkan mereka tidak mempunyai anak perempuan, aku diambil sebagai anak angkat mereka.

nasib manusia adalah rahsia Allah.

itulah kata-kata yang selalu abang Im sebut-sebutkan.

Allah..
di rumah banglo ini aku dikenalkan dengan Allah. Maklong mengajarku sembahyang. sembahyangku masih belum sempurna. bacaan dalam solat masih banyak yang aku belum hafal. kata abang Im, aku perlu sentiasa belajar. Apabila waktu azan tiba, adik akan sibuk mengajak aku bersembahyang bersama dia. Aku kagum melihat adik yang gigih menghafal bacaan dalam solat. kalau dia boleh, mengapa tidak aku?

Mak Bah adalah pembantu rumah baru maklong. mak Bah datang dari Jawa barat, Indonesia. Mak Bah sudah seperti ibu kandung pada kami semua. Mak Bah penyayang dan sangat pandai memasak. Kata Mak Bah, aku perlu belajar memasak kerana aku anak perempuan. Wajah mak bah sentiasa terukir senyuman meskipun kepenatan.

"Wana belajarlah membaca.."kata maklong.
"minta abang im ajarkan.. boleh kan im?" pinta maklong. Abang im mengangguk setuju.
"Bersiap sedialah.. Salah je, denda jalan itik!" usik Abang Im. Semua orang ketawa. Abang Im memang begitu, suka mengusik orang lain. Kecoh suasana rumah apabila abang im balik dari sekolah. selalu sangat bang chik dan adik menangis dek kerana usikan abang Im.

"Kak wana belajar dengan adik lah. adik ada buku sekolah."ajak adik.
maklong senyum. aku juga mengikut senyum. aku sangat sayangkan adik. kami banyak belajar bersama. apabila adik belajar dengan abang Im, aku akan menyibuk. Apabila giliran aku belajar dengan abang Im, adik pula menyibuk.

"lepas makan malam, abang nak wana dan adik baca doa qunut depan abang. siapa tak hafal kena buatkan abang air kopi radix.haha.."usik abang Im lagi. adik mencebik manakala aku tersenyum. kalau kami berjaya membaca doa qunut itu pun, pastinya dia akan tetap menyuruh aku membancuh air kopi untuk dia. sekalipun adik didenda untuk membancuh air kopi itu, aku jugalah yang akan membancuhnya.

alhamdulillah....


abang Im kata kita wajib bersyukur sama ada dalam senang atau susah. dan ucapkanlah alhamdulillah sentiasa.

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.

Wednesday, November 4, 2009

5

sudah genap sebulan aku di rumah batu ini.. sudah banyak yang aku pelajari tentang cara hidup orang kaya.. makanan yang ada lebih banyak daripada bilangan manusia yang memakannya. ada sahaja lauk lebihan untuk disimpan di dalam peti sejuk. jika bernasib baik, lauk itu akan dipanaskan untuk dimakan. jika tidak bernasib baik, mudah sahaja dibuang ke dalam tong sampah...

aku teringatkan saat-saat kelaparan bersama opah...
kami pernah tidak menjamah apa-apa makanan selama 2 hari. ketika itu musim hujan dan aku tidak dapat ke bandar mencari tin-tin kosong dan kotak. opah juga ketika itu tiada langsung duit di tangan. kebetulan juga bekalan makanan di rumah sudah habis.

terseksa sungguh saat itu..

meskipun dulu hidup kami daif, tetapi aku bebas...
aku berjalan ke sana ke mari mencari apa-apa barang yang boleh aku jual..

itu semua sudah berlalu. kini aku di dunia berbeza. seksa itu tetap teman setia aku, cuma dalam bentuk yang berbeza. mungkin inilah makna kehidupan, sebuah perjalanan yang berdampingan dengan masalah.

aku terima segala yang terjadi sebagai suratan nasibku.
senyumlah wahai wana!

kehidupan di rumah batu ini sempurna.. tetapi jiwaku sengsara.
aku mula menghitung-hitung untuk keluar dari rumah ini.
tetapi mampukah aku hidup di luar sana sendirian?
opah sudah tiada. berapa lamakah aku sanggup tinggal di pondok opah itu sendirian?
adakah aku mahu menguruskan tanaman opah yang tidak seberapa itu?

pada suatu ketika dahulu, aku ingin benar lari dari pondok itu.
dan kini aku sudahpun keluar dari pondok itu. adakah aku benar-benar mahu kembali ke sana?
adakah aku mahu kembali berpanas menjinjing kotak?
adakah aku mahu kembali berjalan hingga melecet kaki kerana mencari barang untuk dijual?
adakah aku mahu kembali berbau busuk seperti sampah?

malam itu yati tersenyum-senyum sendirian. hatiku mula berbisik tentu ada sesuatu yang tidak baik berlaku. selepas mengemas ruang tamu dan mengunci semua pintu rumah, aku masuk ke bilik tidur kami. yati kelihatan ceria.

sambil memusingkan badannya menghadap aku dia berkata

"malam ini malam terakhir engkau.. tidurlah nyenyak-nyenyak."yati tersenyum meleret ke pipi.

aku tersentak. apakah yang berlaku? adakah mereka ingin menghalau aku keluar dari rumah ini?

"esok awal-awal pagi lagi, pak tam akan hantar engkau ke stesen bas.. kau jangan lambat."terang yati sambil menunjukkan jari telunjuknya.

serta merta aku menjadi takut.
apa salahku?
jantungku tiba-tiba menjadi laju. apakah yang telah aku lakukan?
kemanakah mereka mahu menghantar aku ?

"nak ke mana?"soal aku. soalan ini disambut oleh yati dengan ketawa bahagia.

dia memang sudah gila.

yati gila.

"kemana pun boleh asalkan kau keluar dari rumah aku.."balas yati sambil berlalu.

rasa sakit hati ini bagai dicincang-cincang.. rasa kepala ini bagai dipijak-pijak.. bukankah aku juga manusia seperti dia?